Sunday, 6 July 2025

MENGAPA BUAT KEMPEN TURUN ANWAR

 
Pas membuat kempen Turun Anwar. Adakah kempen tersebut mampu membuatkan Anwar turun sebagai perdana menteri? Apa tujuan sebenar?
 
Pas sedar kempen tersebut tidak mampu membuatkan Anwar turun. Dengan kehadiran sekitar 300 orang untuk peringkat negeri, itu tanda kegagalan yang amat ketara.
 
Kehadiran 300 orang itu tanda tiada sokongan rakyat untuk menjatuhkan Anwar. Bilangan kehadiran yang terlalu sedikit menunjukkan bahawa kempen tersebut gagal menarik minat orang ramai, termasuk dari kalangan penyokong parti sendiri.
 
Kehadiran 300 orang adalah bukti sokongan di kalangan ahli sendiri amat rendah. Inikan pula hendak mendapat sokongan rakyat yang tidak berparti.
 
Pemimpinan yang mengetuai protes akan dipandang gagal dan tidak mempunyai karisma untuk membawa perubahan kepada rakyat.
 
Kegagalan ini sebenarnya memang telah dijangka oleh pemimpin dan ahli Pas. Tetapi mengapa mereka teruskan juga?
 
Sebabnya, sebagai pembangkang itu sahaja yang mampu dilakukan. Hendak menunjukkan kegagalan kerajaan, khususnya perdana menteri. Berapa ramai yang hadir tidak diambil kisah oleh mereka, walaupun khalayak ambil maklum perkara itu bahawa ia tanda kegagalan.
 
Kalau tidak buat begitu, tiada aktiviti provokasi terhadap kerajaan. Kerajaan akan dilihat berjaya melaksanakan tugas dan keperluan rakyat. Sokongan terhadap kerajaan menjadi lebih kuat dan pembangkang pula semakin dilupakan.
 
Jadi, Pas perlu terus melakukan provokasi dan helah untuk mengatakan bahawa kerajaan amat lemah dan menindas rakyat, biarpun sedar tindakan itu tidak akan mendapat sambutan. Sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti, biarpun sedar usaha itu sekadar memalukan diri sendiri.   


No comments:

Post a Comment