Individu yang mendengar lagu Negaraku di tempat
awam dan tidak berdiri tanda hormat, boleh didenda sehingga RM100 atau
penjara sehingga sebulan?
Ini dinyatakan dalam seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968.
Pada tahun 1968, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang
mewajibkan orang ramai bangun berdiri memberi hormat apabila lagu kebangsaan
dimainkan terutama di tempat awam.
Rang Undang-undang ini juga melarang orang ramai
mentertawakan lagu kebangsaan dan juga mempermainkan sesiapa sahaja yang
menghormati lagu tersebut. Adalah satu kesalahan mengganggu dan mengejek orang
yang memberi hormat kepada lagu yang menjadi lambang kebangsaan negara ini.
Ketika pembentangan rang undang-undang tersebut pada tahun
1968, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Khaw Kai Boh berkata, rang
undang-undang ini dilaksanakan dalam usaha memupuk taat setia kepada negara di
kalangan rakyat berbagai bangsa, keturunan, agama dan fahaman.
Polis boleh menahan tanpa waran jika individu tidak menghormati
lagu Negaraku.

No comments:
Post a Comment