Daging merpati dara tekstur dagingnya lembut.
Daging burung merpati dara secara semula jadi lebih lembut,
halus, dan sedikit manis. Sebaliknya, burung merpati dewasa atau tua tekstur
dagingnya liat dan keras.
Lebih tidak bernasib baik jika burung merpati yang disembelih
itu dalam keadaan kurus. Isi dagingnya tidak banyak. Kalau dibakar atau digoreng,
yang banyak tertinggal hanyalah tulang.
Daging burung merpati dara atau burung merpati muda kaya
dengan protein, zat besi, dan pelbagai mineral yang menyokong tenaga serta
pembaikan sel tubuh.
Untuk mendapat burung merpati dara, seeloknya yang belum
dapat terbang. Ambil ketika masih di sarang.
Ketika masih belum terbang, kandungan protein dan khasiat
lain yang diperoleh daripada sumber makanan diberikan ibunya masih tidak digunakan
untuk proses terbang nanti.
Untuk mendapat daging maksimum, pastikan anak burung merpati
itu telah berbulu penuh dan sudah belajar hendak terbang seperti mengibaskan
sayapnya dan mula berada di luar sarang. Ketika itu tidak sukar untuk
menangkapnya.
Kalau dipelihara secara sangkar terkurung, tidak perlu
bimbang kalau dibiarkan terus membesar, kerana boleh tangkap kemudian.
Masalahnya jika burung merpati itu jenis bebas terbang.
Apabila sudah boleh terbang dan berdikari, memang sukar untuk menangkapnya,
seperti burung merpati dewasa lain.
Gambar - Daging burung merpati dewasa.