Saturday 4 September 2021

TAWAS HILANGKAN BAU KETIAK

 
Tawas adalah kelompok garam berhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas.

Batu tawas telah digunakan sejak zaman dahulu untuk pelbagai tujuan atau kegunaan. Kebaikan tawas masih dimanfaatkan generasi sekarang.  

Kegunaan tawas:

Merawat atau menghilangkan masalah air berbau dan keruh.
- Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga.
- Biarkan ia larut.
- Untuk mudah larut, guna tawas dalam bentuk serbuk.
- Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya. 
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi.
- Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub dan tangki. 
- Ia juga digunakan untuk “membersihkan” kolam ternak ikan.

Menghilangkan bau badan tidak menyenangkan, terutama bawah ketiak.  

Guna tawas ketul.
- Basahkan batu tawas dan kawasan badan berkenaan.
- Sapukan tawas di kawasan berkenaan.
- Sesuai diamalkan selepas mandi ketikan bahagian badan masih basah.
- Selepas disapu dengan tawas, tidak perlu lap.
- Biarkan kering dengan sendiri.
- Boleh digunakan berulang kali

Guna tawas serbuk
- Dilumurkan terus ke bahagian kulit seperti penggunaan bedak.
- Boleh juga dicampurkan dengan air dan dibiarkan larut.
- Gunakan larutan itu untuk disapu di bahagian badan.
- Larutan itu juga boleh dimasukkan ke dalam penyembur
- Kemudian disemburkan di bahagian badan.

Tawas juga digunakan sebagai bahan penjagaan badan;
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gatal di bahagian badan.
- Antibakteria

Penggunaan tawas bukannya terus kerkesan 100 peratus. Kalau hendak mencerah kulit bawah ketiak dan melembutnya, perlu mengambil masa. Ia perlu diguna secara berterusan.

Namun tidak sukar untuk diamalkan. Niat untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit bawah ketiak sebenar dilakukan bersama-sama tujuan untuk menghilangkan bau ketiak dan badan yang tidak menyenangkan.

Begitu juga untuk mengurangkan bulu ketiak, dapat dilakukan untuk tujuan menghilangkan bau badan, menghaluskan dan memutihkan bawah ketiak dan menghapuskan bakteria. Jadi, ia memberi kesan berganda untuk pelbagai tujuan.

Tawas juga digunakan untuk membilas buah dan sayur-sayuran agar tahan segar lebih lama.

Makanan yang dicampurkan dengan sedikit tawas akan menjadikan ia tidak cepat basi. Selain itu, tawas dimasukkan ke dalam adunan membuat kuih agar lebih kenyal dan tahan lama.  

Tawas digunakan dalam proses menjeruk buah-buahan agar buah kekal ranggup dan kenyal.

Dengan kata lain, tawas banyak kegunaan seperti juga garam. Ia tidak membahayakan kesihatan jika tidak digunakan secara berlebih-lebihan.

Mudah kata, anggaplah penggunaannya seperti garam. Kalau menggunakan terlebih garam pasti mendatangkan kesan buruk. Begitu juga penggunaan tawas.

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 

Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.


Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 


Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 


Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.

No comments:

Post a Comment