Monday, 21 March 2022

KEBAIKAN KHASIAT TEH HIJAU

  
Teh hijau merupakan antara minuman paling berkhasiat. Kebaikan teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi. 
 
Cara paling baik minum teh hijau ialah tanpa gula sebagai minuman utama setiap hari untuk kesihatan optimum. Elakkan juga minum teh hijau bercampur susu boleh mengurangkan kesan antioksidan teh hijau. 
 
Teh hijau mengandungi kompaun bioaktif yang penting untuk kesihatan. Ia mengandungi banyak polyphenol seperti flavonoids dan catechins yang berfungsi sebagai antioksidan. 
 
Teh hijau memperbaiki fungsi otak dengan adanya kafein yang menghalang pengeluaran adenosine iaitu neutotransmitter pembantut. Cara ini meningkatkan aktiviti neuron dan juga neurotransmitter perangsang iaitu dopamin dan norepinaphrine. 
 
Kajian terhadap kafein menunjukkan ia boleh mengawal mood, kelakuan, tindakan pada masa dan ingatan. Ia juga mengandungi L-theanine yang boleh sampai ke otak, mengurangkan stres dan kebimbangan. 
 
Banyak suplemen pembakar lemak menambah teh hijau di dalamnya. Ini adalah kerana kajian terhadap manusia menunjukkan teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak dan kadar metabolisme badan. 
 
Teh hijau adalah sumber antioksidan yang tinggi, justeru, membantu mengurangkan beberapa jenis kanser. Kajian daripada meta-analysis menunjukkan wanita yang minum teh hijau mempunyai risiko kanser payudara 22 peratus rendah wanita lain. 
 
Satu kajian mendapati lelaki yang kerap minum teh hijau mendapat kanser prostat kurang 48 peratus berbanding lelaki lain. 
 
Teh hijau mempunyai kesan menjaga otak dan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk dan parkinson. 
 
Catechines dalam teh hijau juga mempunyai kesan biologikal. Kajian menunjukkan ia boleh membunuh bakteria, menghalang virus daripada membiak seperti virus influenza juga mengurangkan risiko jangkitan kuman. 
 
Kajian mendapati catechins menghalang pembiakan mutan bakteria sterptococcus yang selalunya menyebabkan kerosakan gigi. Ia juga mengurangkan bau mulut! 
 
Kajian menunjukkan teh hijau menurunkan sensitiviti insulin dan paras gula dalam darah. Satu kajian di Jepun mendapati mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko kurang mendapat kencing manis sebanyak 42 peratus. 
 
Teh hijau boleh mengurangkan kolestrol dan triglycerides peminum. Ini boleh menurunkan risiko penyakit jantung. 
 
Ia juga meningkatkan keupayaan antioksidan darah. Ini membantu melindungi partikel LDL kolesterol daripada proses pengoksidanan yang membawa kepada sakit jantung. 
 
Kesan tersebut berupaya membantu peminum teh hijau daripada bahaya sakit jantung sebanyak 31 peratus. 
 
Teh hijau meningkatkan kadar metabolisme badan yang membantu untuk kurus. Beberapa kajian menunjukkan teh hijau menurunkan lemak badan terutamanya pada bahagian perut. 
 
Dapatkan teh hijau          

No comments:

Post a Comment