Thursday, 19 May 2022

KURMA BAIK UNTUK KESIHATAN

 
Kurma banyak khasiat.  Manusia sejak dahulu lagi telah menjadikan kurma sebagai sumber penting untuk mendapat manfaat kebaikan khasiatnya. 
 
Kurma kaya dengan serat yang tinggi, gula semula jadi, vitamin (A, B, C dan E), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, zat besi, potasium dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.
 
Sumber serat yang besar, menggalakkan kesihatan pencernaan, dan juga mampu membantu mencegah kanser tertentu seperti kanser kolon dan kanser perut. 

Kadar potasium yang tinggi dapat membantu menjaga tekanan darah yang sihat dan kadar magnesium yang tinggi bermanfaat untuk otot dan saraf. Kurma sangat baik untuk lelaki. 

Khasiat kurma:
- Membekalkan tenaga.
- Menurunkan tekanan darah.
- Mencegah angin ahmar.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mencerdaskan minda.
- Menguatkan urat rahim semasa proses kelahiran.
- Membantu memudahkan kelahiran bayi.
- Menghindar penyakit barah.
- Membantu proses penghadaman.
- Mencegah lemah otot.
- Mengurangkan sengal-sengal badan,
- Mencegah barah urus.
- Menambahkan tenaga seksual.
- Membantu proses tumbesaran.
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Antivirus.
- Mengawal paras gula.
- Menguatkan tulang dan gigi.
- Antioksidan.
- Mencegah keradangan.

No comments:

Post a Comment