Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja (2) atau
nama ringkasnya SMK Dato Mahmud Paduka Raja (2), merupakan sebuah sekolah menengah
kebangsaan yang terletak di Jalan Machang, setentang dengan Kolej Vokasional Tanah
Merah.
SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) terletak kira-kira 3
kilometer dari bandar Tanah Merah. Sekolah ini mula dibuka pada 06 Januari
2002. Bangunannya didirikan di atas tanah seluas 12.9 ekar dan menelan belanja
RM9.6 juta.
Pada awal penubuhannya hanya pelajar tingkatan 1
didaftarkan, manakala, pengambilan pelajar ke tingkatan 4 bermula pada 2003.
Pada tahun 2004, sekolah telah ditempatkan Kelas Rancangan
Khas PDD Tanah Merah/Jeli, di mana pelajar yang mendapat 3A dan 4A dalam UPSR
sahaja dipilih dan ditempatkan di tingkatan satu sekolah ini. Tahun 2004 juga
merupakan tahun pertama pelajar sekolah ini menduduki Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selain kemudahan kelas dan bilik-bilik seperti sekolah lain,
SMK Dato Mahmud Paduka Raja (2) juga mempunyai dewan terbuka dan dewan
tertutup. Dewan terbuka dikenali Dewan Terbuka Titah Paduka.
LAGU SEKOLAH
Sekolah Menengah Dato’ Mahmud 2, Tanah Merah.
Di sini ilmu dituntut, Di sini kami dibentuk.
Untuk kami berjasa kepada bangsa dan negara,
Malaysia.
Kami berjanji, kepada oh semua,
Pendidikan aspirasi negara menjadi teras hidup kami.
Hormat kepada guru, ibu bapa, ikrar kami.
Berilmu, amal dan bertaqwa itulah, oh prinsip kami.
Dengan semangat yang waja, serta usaha paling gigih.
Majulah …. bangsaku, ku boleh melakukan.
Majulah …. bangsaku, ku boleh melakukan.
Lagu : En. Mazlan bin Yusof (Pa’do)
Lirik : En. Mohd Roslan bin Mohd Noor

No comments:
Post a Comment