Bank
Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada
tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100.
Reka
bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai
iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama
berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor
BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM
dan dihiasi dengan bentuk geometri.
Wang
kertas RM1,000 sekeping mula-mula dikeluarkan pada 2 September 1968. Manakala wang
RM500 sekeping pula diwujudkan pada 1 September 1982.
Semasa
kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998, Perdana Menteri ketika itu, Dr
Mahathir Mohamad, memperkenalkan dasar kawalan modal bagi menghadapi serangan
spekulator ke atas Ringgit.
Kawalan
modal ini diumumkan pada 1 September 1998 dan antara komponen utamanya ialah
penetapan nilai mata wang ringgit pada kadar AS$1 bersamaan RM3.80.
Sebagai
sebahagian langkah kawalan modal, pada 12 September 1998 Bank Negara Malaysia
mengumumkan bahawa wang kertas denominasi RM500 and RM1,000 dinyahwang dari
sistem kewangan Malaysia.
Wang
kertas ini ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999.
Wang
kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum ditarik balik masing-masing
adalah sebanyak 1,989,479 dan 4,523,731 keping, dengan jumlah nilai sebanyak
RM5.52 bilion.
Dalam
kenyataan pada 27 November 2007, Bank Negara menyebut bahawa “terdapat kurang
daripada 200,000 keping wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih dalam edaran,
dengan jumlah nilai muka lebih kurang RM100 juta”.
Dalam
sesi parlimen pada 29 Jun 2011, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr.
Awang Adek Hussin, berkata terdapat “sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan
RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran
sehingga 30 Januari 2011”.
Dengan
kata lain, masih terdapat wang kurtas demominasi RM500 dan RM1000 dalam
simpanan individu atau mungkin ia telah musnah atau rosak yang menyebabkan ia
tidak dikembalikan kepada BNM.
Mybsn 030094100003355-rm1000+gig.com
ReplyDeleteRespect and I have a super provide: Where To Start With Whole House Renovation old house renovation
ReplyDelete