Bunga
air mata pengantin atau nama saintifiknya Antigonon leptopus kebiasaan ditanam
sebagai tanaman hiasan kerana jambangan bunga yang lebat dan menarik. Pokok ini
dipercayai berasal dari Mexico.
Pokok
air mata pengantin secara umumnya menjadi sangat popular di Malaysia apabila
ianya mula dipromosikan oleh penternak kelulut di Malaysia sebagai sumber
makanan kepada kelulut.
Terdapat
dua varieti pokok ini yang biasa ditanam iaitu jenis bunga putih dan jenis
bunga pink.
Pertumbuhannya
secara memanjat dengan menggunakan sulur paut yang boleh menjangkau ketinggian
sehingga 25 kaki atau lebih. Ia akan tumbuh secara menjalar dengan memanjat dan
bergantung (bergayut) melalui sulur paut.
Di
tempat yang tidak ada pokok atau struktur untuk memanjat, ia akan menjalan di
atas tanah.
Pokok
ini mampu mencapai ketinggian 25 kaki atau lebih. Daunnya berbentuk hati,
kadang-kadang daun yang berbentuk hati ini yang tersusun sepanjang batang
(yang menjadi tulang belang) hingga kehujung yang kecil yang membentuk sulur
paut.
Pada
hujung batang terdapat bunganya yang berwarna merah jambu dan sulur paut untuk
menjalar ke apa-apa yang menjadi penyokong untuk terus menjalar.
Ciri-ciri
pokok ini yang menjalar dengan sulur paut juga berfungsi untuk ‘membelit dan
melilit’ pokok atau batang tumpangan yang menyokongnya tegak serta bunganya
berwarna merah jambu yang menarik menyebabkan ianya juga kerap dijadikan hiasan
pergola kepada mereka yang gemar menjadikan persekitaran rumah sebagai mini
taman bunga.
Bahagian
bawah batang yang membentuk tulang belakang terdapat akar akan tertanam dalam
tanah. Pada bahagian akar ini akan terhasil ubi di bahagian pangkal bahagian
bawah dalam tanah.
Bahagian
akar yang berisikan seperti ubi ini dikatakan boleh dimakan dan menjadi
kegemaran penduduk di beberapa kawasan di Mexico dan di beberapa buah negera
lain.
Sebahagian
penduduk orang asli California menjadikan biji bunga air mata pengatin sebagai
popcorn dengan membakarnya sehingga biji benihnya kelihatan terbuka seperti
popcorn. Ianya boleh dimakan terus atau dihancurkan untuk diproses menjadi
makanan yang lain.
Manakala
di Thailand daun dan bunga disalut tepung dan digoreng untuk dihidangkan
bersama mi.
Berdasarkan
ciri tumbuhan ini yang tumbuh memanjat dan menjalar dengan sulur paut, ianya
adalah sangat sesuai dijadikan penghias taman yang popular di sekitar kawasan
rumah mereka yang menternak kelulut atau lebah.
Daunnya
berbentuk jantung, berwarna hijau, dan permukaan daun yang bergelombang (tidak
rata). Panjang daun antigonon antara 5-10 cm. Bunganya yang tersusun pada malai
dan tumbuh dari ketiak daun.
Bunganya
yang terbentuk dari tiga kepolmpok seperti mahkota dan kelompok bunga terluar
bulat telur atau menyerupai jantung, sedang bentuk dua kelompok berbentuk
mahkota yang lebih dalam lebih runcing. Setelah semua kelompok matang ianya,
menyelubungi buahnya di bahagian dalam.
Cara
tanam pokok air mata pengantin menggunakan biji dan keratan batang.
No comments:
Post a Comment