Friday, 25 November 2022

NASI KERABU BIRU BUNGA TELANG

 
Nasi kerabu terkenal di Kelantan. Satu perkara menarik mengenai nasi kerabu ialah berwarna biru. Bagaimana cara membuat nasi kerabu menjadi biru. 
 
Pernahkah anda mendengar istilah bunga telang sebelum ini? Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan sejenis bunga berwarna biru berasal dari keluarga Fabaceae.
 
Bungan telang juga dikenali pokok kacang telang. Tumbuhan ini boleh didapati di Kawasan Asia, Africa, Australia dan America. Ia jenis pokok memanjat. Bunganya menjadi pewarna makanan popular sejak zaman dahulu lagi.
 
Di Malaysia, bunga telang ini sering digunakan sebagai pewarna makanan terutamanya dalam pembuatan nasi kerabu. Warna yang terdapat pada nasi kerabu adalah warna yang diekstrak daripada bunga telang ini.
 
Bunga ini juga turut diproses untuk dijadikan minuman seperti teh. Di kawasan Asia, bunga ini sering digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.
 
Bunga tersebut direndam dalam secawan air suam (tidak terlalu panas supaya ia tidak kehilangan khasiatnya). Air biru nila yang terhasil di gunakan untuk memasak nasi kerabu.
 
Ia juga digunakan untuk membuat pulut biru, agar-agar, pudin dan sebagainya. Ia bukan sahaja cantik dengan warna biru, tetapi juga kaya khasiat.

No comments:

Post a Comment