Sejarah mencatatkan kegemilangan Islam di
rantau Eropah atau Barat. Tersebut satu empayar besar lagi gah iaitu Andalusia
yang dahulunya masyhur di bawah naungan Islam. Bahkan Kristian dan Yahudi juga
hidup aman dan bahagia di bawah pemerintahan Islam dengan hanya membayar
jizyah.
Namun empayar itu hancur musnah dengan mudah kerana kelemahan di pihak
umat Islam itu sendiri.
Pada hari ini, jika kita memyelusuri kota Andalusia, yang tinggal hanya bekas-bekas masjid yang telah ditukar menjadi gereja. Kejatuhan Kerajaan Islam Andalus berlaku pada tahun 1492..
Ungkapan penuh pengajaran oleh ibu kepada
Sultan Abu Abdullah, pemerintah Islam terakhir di Andalusia yang menangis
teresak-esak sambil memandang penuh kesayuan keindahan Istana Al-Hambra dari
jauh yang kini hanya tinggal kenangan.
“Apabila engkau gagal mempertahankan
negaramu, sedangkan dahulu kau adalah seorang tentera yang gagah dan berani.
Kini, apa gunanya engkau menangis seperti seorang wanita?”
Sultan Abu Abdullah dan ahli keluarganya
ketika itu dalam perjalanan melarikan diri ke Afrika Utara setelah gagal
mempertahankan kerajaan mereka di Granada. Pada saat itu juga kegemilangan
Islam di Andalusia rebah dan beberapa ketika lagi, majlis perarakan pasangan
Raja Ferdinand V dan Isabella untuk memasuki Istana Al-Hambra akan
dilangsungkan.
Saat kegemilangan Andalusia di bawah
pemerintahan Islam sudah tiada. Kini hanya tinggal sejarah! Sejarah untuk
dikenang, sejarah untuk dijadikan pengajaran dan sejarah yang hanya tinggal
sejarah. Ramai yang tidak mengetahui betapa Andalusia dahulu begitu istimewa
dan begitu unik.
Andalusian semasa pemerintahan Islam berjaya
mencipta kegemilangan yang menakjubkan. Pada masa Eropah dilanda Zaman Gelap
tetapi Andalusia terus bersinar dengan kemajuan dan kegemilangan yang dibawa
oleh Islam. Sehinggakan ada sejarawan mengatakan bahawa Andalusialah yang telah
mencetuskan Zaman Renaissance di Eropah. Jika tidak kerana Andalusia, nescaya
Eropah akan terus berada di Zaman Kegelapan.
Namun kini, hanya tangisan yang bergema
bila mengenangkan Andalusia. Bilakah ia akan kembali ke tangan Islam? Hanya Allah
yang mengetahui. Dengan kekuasaan-Nya, tiada yang mustahil!
Sejarah kejatuhan Andalusia hasil
perancangan Ferdinand dan Isabella, daripada dua kerajaan yang kuat di
Sepanyol, berkahwin dan membentuk satu kerajaan yang jauh lebih besar dan hebat.
Perkahwinan mereka bervisikan untuk merampas empayar Islam di Andalusia.
Pada hari ini, jika kita memyelusuri kota Andalusia, yang tinggal hanya bekas-bekas masjid yang telah ditukar menjadi gereja. Kejatuhan Kerajaan Islam Andalus berlaku pada tahun 1492..
Pada ketika orang Kristian bersatu dan berpadu tenaga untuk mengalahkan kerajaan Islam, lain pula kisahnya di pihak Islam. Mereka saling bertelagah dan berpecah, merebut kuasa.
Perpecahan di kalangan umat Islam digunakan sebaiknya oleh pihak Kristian Sepanyol, mereka menawarkan bantuan kepada khalifah untuk mengalahkan ahli keluarganya sendiri.
Akhirnya khalifah menang, namun yang tinggal padanya hanya kota Granada, sedang wilayah-wilayah lain semua jatuh ke tangan Ferdinand dan Isabella.
Khalifah sangkakan, Ferdinand dan Isabella akan biarkan beliau untuk memerintah dan mentadbir kota Granada, namun beliau silap. Rupanya beliau hanya dipergunakan oleh mereka untuk memudahkan laluan Kristian sepanyol menguasai Andalusia.
Ferdinand, Isabella dan barisan tentera mereka mengepung kota Granada dan memaksa Khalifah menyerahkan Granda kepad mereka. Kerana tidak mampu untuk bertahan, khalifah akur. Kunci Granada diserahkan, bersama perjanjian bahawa Kerajaan Kristian Sepanyol akan menjaga hak dan kebajikan umat Islam.
No comments:
Post a Comment