Umrah
adalah ibadah yang mirip dengan haji. Ia dilakukan dengan melakukan perjalanan
ke Makkah, mengunjungi Kaabah, serta melakukan tawaf, sai, dan bercukur untuk
mengharap reda Allah SWT.
Meskipun
ia mirip dengan haji, terdapat beberapa perbezaan antara haji dan umrah.
Misalannya,
haji hanya dilakukan sejak awal Syawal hingga subuh Hari Raya Aidiladha (10
Zulhijjah). Sedangkan umrah boleh dilakukan bila bila pun sepanjang tahun.
Perbezaan
lainnya adalah rukun umrah yang tidak mencakupi wukuf di Arafah, sedangkan haji
mewajibkan untuk wukuf di Arafah.
Rukun
umrah hanya empat, iaitu niat ihram, tawaf, sai dan memotong rambut. Sedangkan
haji, rukunnya ada lima, iaitu niat ihram, wuquf di Arafah, tawaf, sai, dan
memotong rambut.
Dalam
bahasa Arab, umrah ertinya berkunjung. Sedangkan secara istilah, umrah adalah
berkunjung atau ziarah ke Kaabah, tawaf, sai, dan memotong rambut sesuai
ketentuan syariat.
Terdapat
perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum umrah. Bagi mazhab Hanafi dan
Maliki, umrah hukumnya sunat muakkada atau amat ditekankan pengerjaannya.
Sedangkan
bagi mazhab Syafii dan Hanbali, hukum umrah adalah wajib sekali seumur hidup
bagi yang mampu.
Ketentuan
mengenai umrah ini tertera melalui firman Allah SWT dalam Al-Quran menerusi
Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah ibadah haji
dan umrah kerana Allah,"
No comments:
Post a Comment