Sad al-zariah adalah
sebahagian sumber hukum yang diterima pakai dalam Islam. Sad al-zariah berasal
dari perkataan sad dan al-zariah.
Dari segi bahasa, sad
memberi maksud sekat atau halang. Manakala al-zariah bermaksud jalan.
Dari segi istilah mengikut al-Qarrafi, sad al-zariah ialah menghentikan
jalan-jalan yang pada kebiasaannya menuju kerosakan.
Perkara ini dapat difahami
antara lain berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Anam, ayat 108
yang bermaksud: “Allah melarang mencaci tuhan-tuhan orang kafir supaya mereka
tidak mencaci Allah.”
Perbahasan mengenai sad
al-zariah berdasarkan kepada dua perkara utama;
Tujuan
mencapai natijah yang halal atau haram.
Penelitian terhadap faktor
pendorong dijadikan kepada hujah penerimaan atau penolakan sesuatu perbuatan.
Contohnya seorang lelaki yang melaksanakan sesuatu kontrak melakukan nikah cina
buta, tetapi sebenarnya tidak mempunyai niat untuk melaksanakan tugasan
yang perlu dilakukan (cina buta) iaitu menceraikan isterinya itu.
Maksudnya, dia berpura-pura melakukan cina buta, sedangkan dia berniat
sebaliknya, iaitu tidak mahu menceraikan isterinya yang bakal dikahwini ini.
Dalam situasi itu, perkahwinan tersebut dikira sah. Pun, lelaki itu menanggung
dosa disebabkan ada niat menipu tugas yang membawa kepada perkahwinan itu.
Namun perlu dingatkan,
sekiranya lelaki yang melakukan cina buta itu memang ingin melaksanakan kontrak
atau tugas itu, yang ditetapkan tarikh atau pengakhiran terhadap perkahwinan
itu, maka perbuatan itu dianggap sebagai perkahwinan kontrak yang tidak
diterima oleh syarak.
Maka perkahwinan itu biarpun nampak sah kerana menepati syarat dan rukun nikah,
ia tidak boleh diterima sebagai perkara yang sah kerana niatnya atau faktor
pendorong perkahwinan ini hanya bertujuan untuk membolehkan isterinya itu
berkahwin semula dengan bekas suaminya apabila diceraikan oleh suami baru itu.
Al-Imam Al-Muzani berkata:
'Telah sah bahwa nikah mutaah dulu pernah dibolehkan pada awal Islam. Kemudian
datang hadis-hadis yang sahih bahawa nikah tersebut tidak dibolehkan lagi.
Kesepakatan ulama telah menyatakan keharaman nikah tersebut.' (Syarah Sahih
Muslim karya An-Nawawi).
Penelitian
terhadap natijah dan kesan kepada sesuatu perbuatan tanpa dilihat apa faktor
pendorongnya atau niat pelakunya.
Jika kesan perbuatan yang
dilakukan itu membawa kepada kebaikan, maka amalan itu diterima atau
dibolehkan. Namun, biarpun diniatkan untuk kebaikan, tetapi kesannya buruk,
maka perkara itu tetap ditegah, contohnya mencuri untuk membantu orang lain
dengan hasil curian itu.
Para ulama berselisih
pendapat mengenai kehujahan sad al-zariah untuk diterima sebagai sumber hukum.
Imam Malik dan Imam Ahmad mengakui kaedah ini boleh diterima sebagai dalil
hukum. Kedua-dua mereka sering menggunakan sumber sad al-zariah sebagai dalil
hukum.
Al-Syatibi seorang ulama Mazahab Maliki mengatakan bahawa: Melihat kepada hasil
sesuatu perbuatan menjadi objektif syarak.
Manakala Ibn Qayyim
seorang ahli usul Mazahab Hanbali dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in menegaskan
bahawa “Bab sad al-zariah berjumlah satu perempat daripada keseluruhan taklif.
Manakala Imam Abu Hanifah
dan Imam Syafie pada zahirnya tidak mengakui atau tidak menerima sad al-zariah
sebagai hujah dalam hukum syarak.
Oleh sebab itu, buku-buku
dihasilkan oleh pendokong kedua-dua mazahab tersebut tidak menunjukkan sebarang
kenyataan tentang pendapat mereka mengenai sad al-zariah.
Namun, bagi al-Syatibi
berpendapat kedua-dua mazahab tersebut pada hakikatnya tidak menolak kehujahan
sad al-zariah berdasarkan amalan yang pernah dilakukan.
Contohnya, Syafie pernah menghukum harus meninggalkan korban sebagai suatu
pemberitahuan bahawa korban itu tidak wajib. Begitu juga Abu Hanifah
mengharuskan hilah dalam urusan jualan bertangguh.
Kedua-dua hukum itu tidak
ada dalil yang jelas dari al-Quran atau al-Sunah, cuma merupakan amalan
sekumpulan sahabat sahaja.
Berdasarkan kepada itu, al-Syatibi menyimpulkan bahawa sad
al-zariiah satu kaedah yang disepakati dan diakui oleh imam-imam yang
empat.
Gambar hiasan
No comments:
Post a Comment