Penawaran
atau kewujudan barangan dan perkhidmatan perlu diwar-warkan atau diiklankan kepada
pengguna terutama tentang kualiti dan kelebihannya.
Malah
dalam keadaan tertentu, penyebaran maklumat mengenai sesuatu barangan atau
perkhidmatan telah disebarkan sebelum prapelancaran lagi untuk mendapat respon
bakal pengguna.
Antara
medium pengiklanan yang digunakan termasuklah iklan melalui surat khabar,
majalah, poster, televisyen, radio dan sebagainya.
Perniagaan
tidak dapat berjalan lancar tanpa adanya aktiviti pengiklanan dan oleh sebab
itu pengiklanan dianggap sebahagian daripada aktiviti utama menjayakan
perniagaan.
Sama
ada disedari atau tidak, kita dikelilingi iklan setiap masa, sama ada kita
berjalan, memandu, menaiki bas, membaca majalah atau surat khabar, menonton
televisyen atau filem. Iklan ada di mana-mana, menghantui kita dan bagaikan
tetamu tidak diundang di dalam rumah kita.
Sebarang
urusan berkaitan perniagaan perlu dilakukan dengan jujur dan mengikut etika yang
ditetapkan.
Memandangkan
pengiklanan menjadi sebahagian daripada proses kepada berlakunya urusniaga,
maka hal yang berkaitan dengannya perlu dilakukan dengan jujur dan berhemah.
Perniagaan
melibatkan kepentingan orang ramai yang mesti dijalankan mengikut lunas
hubungan manusia dengan manusia yang mementingkan konsep saling membantu,
mengelak penindasan, saling mendapat kebaikan, adil dan mengelak sebarang
pelanggaran hukum.
Urusan
perniagaan satu amanah besar memberi kebaikan kepada pihak yang berurusan,
yakni peniaga dan pengguna.
Kepentingan
pengiklanan kepada aktiviti perniagaan dapat dilihat apabila pengusaha atau
peniaga sanggup menyediakan jumlah perbelanjaan yang besar untuk pengiklanan.
Malah,
aktiviti pengiklanan sendiri menjadi satu bidang perniagaan yang melibatkan perbelanjaan
yang besar.
Perbelanjaan
pengiklanan termasuk komponen besar dalam perbelanjaan operasi syarikat
sehingga ada yang mencecah sehingga 60 peratus dari kos keseluruhan, maka ia
menjadi penentu kepada keuntungan perniagaan.
Perbelanjaan
pengiklanan sebenarnya ditanggung oleh pengguna melalui kenaikan harga barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan.
Secara
tidak langsung ia membebankan pengguna yang terpaksa menanggung sesuatu yang
sebenarnya tidak termasuk dalam senarai kos untuk menyediakan barang atau
perkhidmatan yang dipasarkan.
Keghairahan
peniaga membuat iklan secara besar-besaran memberi kesan kepada kenaikan
perbelanjaan operasi perniagaan secara keseluruhannya.
Dalam
banyak kes, pengguna terpaksa membayar harga barangan atau perkhidmatan
sehingga lebih sekali ganda berbanding jika tanpa perbelanjaan iklan.
Sememangnya
peranan iklan amat besar dalam membantu memasarkan sesuatu barangan atau
perkhidmatan yang mana melaluinya iklan memudahkan pembeli membuat pilihan atau
mengetahui tentang sesuatu barang dan perkhidmatan yang terdapat di dalam
pasaran yang ditawarkan untuk mereka.
Bagaimanapun,
perang iklan yang keterlaluan menyebabkan kos pengiklanan meningkat dengan
tingginya.
Pengguna
ditindas secara tidak langsung, sedangkan pengeluar terus mendapat keuntungan
melalui peningkatan jualan hasil kesediaan mengeluarkan kos yang mahal untuk
pengiklanan.
Gambar: Madu lebah asli sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment