Catatan di laman Facebook:
Sedang saya membelek kain di ampaian, terpandang warna putih di atas kepalanya. Terkejut seketika.
“Aman buat apa kat rambut Aman tu?”
“Aman tak buat apa-apa pun! Bukan Aman buat!”
Aduh! Menyirap darah. Jantung berdegup laju.
“Ya Allah Aman! Apa benda yang Aman dah buat ni?
Kenapa Aman sodok rambut Aman macam ni?”
Macam-macam rasa ada, nak menangis, nak menjerit,
nak marah.
“Aman tak buat! Bukan Aman buat!”
“Ada Aman dengan Mama je kat rumah ni. Kalau bukan
kita dua yang buat, maknanya ada hantu yang buat. Kenapa Aman???”
Dia langsung tidak mahu mengaku. Bila ditanya di mana
ketam rambut yang digunakan untuk sodok rambut dia, terus ditunjukkan di mana.
“Aman tunggu kejap lagi Papa balik bagi hadiah kat
Aman. Mama tak kuasa dah nak marah Aman. Sedih Mama. Dah buat salah tapi masih
tak mau mengaku. Cuba tengok dalam cermin kepala Aman ni. Cantik ke?”
Terasa airmata panas mengalir di pipi saya. Sedih
sangat.
Agaknya Aman tidak tahu akibat guna ketam rambut
jika diletakkan di rambut. Apa lagi kali ketam rambut itu disodok rapat dengan
kulit kepala.
No comments:
Post a Comment