Pelajar Orang Asli sering dilihat
terkebelakang dalam pelajaran atau pencapaian lain. Namun, ada permata di kalangan
anak Orang Asli berusaha mengubah persepsi negatif itu. Mereka berusaha dengan
apa juga kemahiran dan peluang yang ada untuk meletakkan Orang Asli setanding
dengan kaum lain.
Jika ada anak Orang Asli mampu berada di pentas
peringkat negeri dalam apa juga pertandingan, itu satu kerjayaan yang membanggakan
dan membuka mata banyak pihak.
Itulah dibuktikan pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan
Panggung Jaya, Fifi Fazalianataza Bt Uda apabila tampil sebagai salah seorang
peserta akhiar Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi 2023 Peringkat
Negeri Kelantan.
Sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
Wilayah Timur dengan, dan Gabungan Penulis-penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA)
bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu pada 13 November 2023, turut mendapat
kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelatnan.
Fifi yang dibimbing Cikgu Norliana Zulkurnain,
menyampaikan puisi bertajuk Alam Sekitar daripada antologi puisi “Bagaimana
Sekiranya Epal Bertanya”, bukan sahaja tampil dalam acara pertandingan, tetapi
sebagai “duta” Orang Asli menyampaikan tentang nasib alam sekitar.
Biarpun Fifi sekadar menduduki tempat
kelima kategori sekolah menengah, pencapaian itu cukup membanggakan seluruh
warga SMK Panggung Jaya.
Pengetua SMK Panggung Jaya, Mohd Khairul
Bahari Ismail ketika ditemui sebelum pertandingan berkata, terpilih sebagai
peserta akhir peringkat negeri sudah dianggap satu percapai membangga seluruh
warga sekolah. Tentang tempat berapa yang mampu dicapai, itu perkara kedua.
“Kejayaan menempatkan diri di pentas akhir
sudah cukup membanggakan. Diharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar
Orang Asli lain untuk berjaya dalam apa jua yang dilakukan dan tentunya menjadi
satu cabaran kepada pelajar kaum lain untuk turut berjaya.” kata Khairul.
SMK Panggung Jaya adalah sekolah menengah
dikhaskan kepada pelajar Orang Asli yang pertama di Kelantan. Bagaimanapun,
terdapat juga kaum lain, khususnya Melayu belajar di sekolah yang terletak di
Kampung Panggung Lalat, Gua Musang itu.
No comments:
Post a Comment