Mengikut
catatan, hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar
di Kelantan. Banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 1926 itu lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan.
Hujan
banyak turun di kawasan hulu Sungai Kelantan, selain turut membasahi
keseluruhan Tanah Rendah Sekebun Bunga. Ini menyebabkan air melimpah melepasi
tebing Sungai Kelantan dan menegelamkan kawasan rendah.
Bah Merah dikira luar biasa kerana banyak tempat yang biasanya tidak dinaiki
air pada setiap kali banjir, turut dilanda banjir.
Maka,
kesan mala petaka itu tentu sekali turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan
rumah penduduk. Bandar Kota Bharu menyaksikan semua tempat ditengelami
banjir.
Kejadian
banjir besar pada 1926 dipanggil Bah Merah disebabkan warna air banjir bertukar
daripada warna teh susu kepada merah kerana dipercayai ada bukit di bahagian
hulu sungai runtuh dan mengakibatkan banjir lumpur.
Kira-kira
40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar melanda negeri Cik
Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus
penduduknya turut terjejas.
Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926.
Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar.
Memang
di Kelantan ini dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu
teruk seperti pada 1926 dan 1967. Antara catatan bah besar yang turut diingati
oleh rakyat Kelantan ialah pada tahun 2004.
Untuk generasi muda, tentunya banjir pada tahun 2014 menjadi catatan sejarah
yang sukar dilupakan, terutama kepada mereka yang menjadi mangsa banjir
tersebut secara langsung.
Gambar: Pegawai British (dari kiri) Mr Ferrier,
Dr Tailor, Mr Kempdan Mr Worham berdepan banjir besar di Kota Bharu pada 1926.
No comments:
Post a Comment