Saturday 3 July 2021

SOP keagamaan ditentukan pihak berkuasa agama negeri

 
Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 5 Julai ini. 
 
Dalam Fasa Dua PPN, pergerakan rentas daerah dan negeri adalah masih tidak dibenarkan. 
 
Pengecualian akan diberikan untuk pergerakan guru sekolah dan pelajar kelas-kelas peperiksaan. 
 
Pengecualian khas akan diberikan kepada pasangan jarak jauh dalam kes-kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
 
Bagi Fasa 2, senarai positif bagi sektor yang dibenarkan beroperasi akan diperluaskan adalah
 
Sektor Perdagangan & Pengedaran:
- Kedai buku & alat tulis
- Komputer & telekomunikasi
- Barangan eletrik
- Kedai cuci kereta
- Kedai gunting rambut (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja) 
 
Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan beroperasi dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi dan jualan diterhadkan kepada 6 komoditi utama sahaja iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging. 
 
Walau bagaimanapun, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka. 
 
Pengusaha-pengusaha sektor yang dibenarkan beroperasi termasuk pasar tani dan pasar pagi adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 
 
Di bawah Fasa 2, kapasiti pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu ataupun ‘essential services’ akan dinaikkan kepada 80%. 
 
Pihak majikan perlu memastikan penjarakan fizikal dan SOP yang ditetapkan dipatuhi setiap masa. 
 
Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tiada sentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri juga dibenarkan. 
 
Ini termasuk aktiviti secara berindividu seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, skate boarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis perseorangan, golf, permotoran dan seumpamanya. 
 
Aktiviti keagamaan bagi Fasa 2 adalah tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri. 
 
FB: Ismail Sabri Yaakob

No comments:

Post a Comment