Sunday 27 June 2021

RAKYAT SUKA PEMIMPIN BERSIFAT TAWADUK

 
Pemimpin perlu bersifat amanah, jujur, tawaduk dan jati diri yang kental untuk mempertahankan bangsa dan agama. Jangan kerana mengejar pangkat dan kuasa, prinsip perjuang asal dikorbankan.  
 
Konsep matlamat menghalalkan cara tidak sesuai diamalkan bagi mempertahankan agama dan bangsa. Sikap itu bukan saja membahayakan agama dan bangsa, bahkah kepada individu itu sendiri.  
 
Lambat laun rakyat mengetahui agenda sebenar kelompok perjuangan permimpin yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat untuk berkuasa.  
 
Hari ini pemimpin Islam perlu meyakinkan rakyat tentang kebijaksanaan dan ketokohan diri. Rakyat majmuk di negara kita bersedia menerima kepimpinan sesiapa saja asalkan dapat mentadbir negara dengan baik.  
 
Sebab itu, amat penting pemimpin Islam tonjolkan ketokohan, kebijaksanaan, sikap keterbukaan dan keperibadian yang mulia.    
 
Jika seseorang pemimpin sering bermuhasabah diri dan mempunyai jati diri yang kental, beliau akan akur kepada kelemahan diri.   
 
Sikap tawaduk dan akur kepada kelemahan diri perlu dijadikan sebagai amalan pemimpin Melayu yang beriman demi memelihara keutuhan agama dan bangsa. 

No comments:

Post a Comment