Saturday, 14 July 2018

KETAM RAGI SUKA KOREK PASIR

Ketam ragi hidup di dalam air laut, terutama di kawasan tepi pantai. Ketam ragi mudah ditangkap menggunakan umpan yang dipasang pada bilah buluh. Biasanya umpan paling digemari ketam ragi ialah kepala ayam yang agak busuk dan juga perut ayam. Ikan kering yang berbau juga menarik minat ketam ragi untuk makan umpan itu.

Apa yang menarik tentang ketam ragi apabila dilepaskan di atas pasir di gigi air, ketam ragi bukan bergerak menuju ke dalam air. Sebaliknya, ketam ragi akan lebih selesa mengorek pasir untuk melepaskan diri. Jika dibiarkan, ketam ragi mampu menyembunyikan diri di dalam pasir. Pergerakan menggali lubang dilakukan dengan kaki dan penyepit yang pantas.

Ketam ragi tidak agrasif seperti ketam nipah. Jika di letakkan di dalam bekas, ketam ragi seperti 'selesa' berada di situ dan tidak ada usaha untuk melepaskan diri. Jika pergi menangkap ketam ragi, tidak perlu guna bekas yang berpenutup. Cukup sekadar bekas yang boleh menghalang ketam ragi bergerak bebas.

Ketam ragi ada sepit, tetapi kuasa sepitan tidak kuat. Sebab itu, jika jari disepit ketam ragi, tidak rasa terlalu sakit dan mudah untuk dilepaskan. Bentuk ketam ragi seakan-akan leper bulat. Ukuran sekadar bergaris pusat kira-kira 3 cm. Kaki dan penyepit agak pendek berbanding ketam jenis lain. Warna kulitnya kelabu.

No comments:

Post a Comment