Tuesday 12 March 2024

NEKBAT KUIH TRADISIONAL KELANTAN

 
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional Kelantan sebagai pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan kuing telur itik. Selain di Kelantan, ia turut terkenal di Terengganu.
 
Kuih nekbat disediakan dalam dua fasa atau peringkat. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti bahulu tetapi tawar dan lebih keras. 

Penggunaan kuning telur itu menyebabkan warna kuning. Bagaimanpun kebanyakan nekbat yang ada dipasaran kini menggunakan telur itik sepenuhnya, termasuk putih telur. Warna kuning adalah pewarna. Selain itu, penggunaan telur ayam lebih murah dan mudah didapati berbanding telur itik. 

Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
 
Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi dan aroma rasa yang menyegarkan.
 
Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Ia dihidangkan dengan sedikit berkuah dengan air gula tersebut.
 
Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.
 
Kuih nekbat tersenarai jenis kuih manis. Kalau dibeli yang telah disira biasanya memang manis. Jadi, kepada bukan penggemar manis, mereka akan beli yang belum disira. Boleh guna gula mengikut yang disukai, tidak manis sangat.
 
Memandangkan nekbat yang disira akan menjadi kembang dan ukuran lebih besar berbanding sebelumnya, ada istilah “seperti nekbat kembang” sebagai merujuk kepada orang yang bertubuh gempal atau gemuk.


No comments:

Post a Comment