Ibu
bapa pada masa dahulu tidak perlu memikirkan untuk membeli peralatan permainan
dan gejet untuk anak mereka. Kanak-kanak dahulu bijak untuk menggunakan apa
sahaja sumber alam yang ada di sekeliling mereka untuk dijadikan bahan permainan.
Tanah,
lumpur, sungai, selut, bendang, semak, bawah rumah, atas pokok dan sebangainya
adalah medan tempat kanak-kanak dahulu bermain.
Apa
sahaja sumber alam yang ada di sekeliling mereka adalah gelanggang permainan.
Masa dahulu tidak ada taman permainan kanak-kanak, tiada taman tema dan
pelbagai jenis tempat rekreasi seperti sekarang, tetapi kanak-kanak dahulu juga
hidup bahagia dengan cara mereka.
Tengok
gambar ini. Medan permainan mereka adalah tanah yang ditebuk untuk dijadikan
lubang congkak. Buah congkak pula menggunakan biji getah yang mudah diperoleh
di sekitar kampung ketika musim daun pokok getah meluruh.
Selain
dijadikan buah congkak, biji getah juga dijadikan permainan ‘belaga’ biji getah.
Akan dicari jenis biji getah yang berkulit tebal agar tidak mudah pecah apabila
dipelagakan. Sanggup pergi tempat jauh dari kampung berjalan kaki semata-mata
untuk mencari biji getah ‘berani’.
Biji
getah juga digunakan untuk peluru lastik burung.
No comments:
Post a Comment