Buah nona (Annona spp) memang banyak jenis.
Sebab itu nama panggilan setempat juga banyak. Di tempat lain mungkin berbeza
dengan tempat lain. Jadi, jangan gusar jika nama yang anda panggil itu tidak
sama dengan disebut orang lain.
Salah satu atau spesis nona atau juga
disebut anona ialah nona merah. Nama botaninya Anona squamosa red atau red
sugar epal. Ada juga yang memanggilnya buah serikaya merah.
Buah nona merah atau ungu memang sedap,
bukan saja manis, teksturnya yang berjus dan berserat memang sedap dimakan.
Anak pokok hasil semaian dari biji benih
akan berbuah dalam masa 2 hingga 3 tahun selepas ditanam.
Pokok nona merah boleh ditanam di dalam
pasu besar atau di kawasan halaman yang sempit. Senang dijaga dan tidak
perlukan perhatian khusus. Sentiasa berbuah tidak mengikut musim.
No comments:
Post a Comment