Wednesday 4 March 2020

SEJARAH TELUK SARI ENDAU MERSING

Kira-kira 20 kilometer dari Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang dinamakan Teluk Sari. Nama Teluk Sari dikatakan berasal daripada perkataan "sehari" kerana kebiasaan para pedagang yang berlayar dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Tanah Jawa, Banjar dan lain-lainnya akan singgah di Teluk Sari sebelum meneruskan pelayaran mereka.

Teluk Sari terletak di antara Penyabung dan Tanjung Resang di dalam Mukim Endau, Johor.

Teluk Sari atau Kampung Mawar pernah menjadi sebuah tempat yang terkenal suatu ketika dahulu. Pantainya yang indah, permukaan muka bumi yang rata menyimpan pelbagai khazanah dan kisah. 

Tanah perkuburan yang terdapat di sini agak padat dengan kubur. Apa yang menakjubkan. kubur yang paling baru bertarikh 1945 dan yang lainnya kebanyakkannya tidak bertarikh. Ini menunjukkan, tempat ini pernah menjadi tumpuan orang suatu ketika dahulu.  

Dikatakan juga, sebelum kampung-kampung lain dibuka, seperti Kampung Teriang Besar, Penyabung, Kampung Sungai Bebuta, Kampung Sungai Mengkuang dan lain-lain kampung di sekitar Endau, Teluk Sari atau Kampung Sungai Mawar adalah penempatan terawal di Endau.

Kedudukannya strategik serta terlindung dengan pulau-pulau kecil menjadikan Teluk Sari sebuah tempat yang menarik dan sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti selain aktiviti perikanan seperti perdagangan dan pentadbiran pada suatu ketika dahulu.
 

No comments:

Post a Comment