Umat Islam dilabel Barat sebagai pengganas dan ekstrimes dalam usaha menghapus kebangkitan umat Islam dan
menakluk negeri kaum muslimin. Mereka ‘mencipta’
beberapa kejadian dan mencari ‘kambing hitam’ untuk dijadikan korban. Setelah itu, mereka memaksa dunia menerima
bahawa mereka akan menyelamatkan dunia dari ancaman pengganas ini.
Selain digelar
pengganas, banyak cap lain yang digunakan oleh Barat terhadap umat Islam dan
perkara ini telah lama dilakukan oleh mereka.
Barat melabelkan
umat Islam sebagai fundamentalis, ekstremis, moderate dan sebagainya dan
istilah-istilah ini telah dipropagandakan oleh mereka agar diterima pakai di
seluruh dunia.
Oleh itu, adalah
suatu perkara biasa apabila istilah-istilah ini digunakan oleh sesiapapun dari
kalangan umat Islam, baik dari kalangan rakyat mahupun pemimpin.
Semenjak Rasulullah
SAW berjaya menzahirkan Islam di atas segala agama lain, kejayaan ini
diteruskan pula dengan gilang-gemilang oleh para khalifah sesudah baginda.
Kekuatan Negara
Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah memang tiada
tolok bandingnya sehingga seluruh penjuru dunia mengetahui dan mengakui bahawa
kekuatan Islam adalah kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan.
Golongan kuffar
cuba untuk mengalahkan Islam dengan peperangan fizikal selama ratusan tahun,
namun apa yang mereka perolehi hanyalah kekalahan demi kekalahan.
Setelah menyedari
bahawa peperangan fizikal tidak membuahkan hasil, maka golongan kuffar ini
telah beralih kepada peperangan baru yang lebih dahsyat yakni peperangan
pemikiran atau serangan pemikiran.
Perang ini
sebenarnya jauh lebih berbahaya kerana ia dirangka untuk merosakkan aqidah kaum
muslimin dan menghapuskan syariat Islam dari dalam.
Melalui perang
pemikiran ini jugalah Daulah Khilafah Uthmaniyyah yang begitu besar dan kuat
telah berjaya dihancurkan.
Racun assabiyyah
dan wathaniyyah yang ditanam di dalam benak kaum muslimin telah menyebabkan
mereka terpecah belah kepada negeri-negeri kecil berdasarkan bangsa (nation
states).
Walaupun Daulah
Khilafah telah berjaya dihancurkan, namun kebencian dan dendam mereka tidak
berakhir di situ.
Perang pemikiran
diteruskan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ini dilakukan bagi memastikan kaum
muslimin tetap di dalam perpecahan dan permusuhan dan agama Allah ini tidak
akan kembali diamalkan oleh umat Islam.
Mereka juga
berusaha bagi memastikan agar Daulah Khilafah tidak akan muncul lagi. Mereka merancang dan melaksanakan perang baru
ini dengan penuh sabar dan berhati-hati.
Mereka mengambil
masa yang lama menanam fahaman yang menjerat umat Islam mengikut kehendak
mereka.
Mereka telah
menggunakan segala sarana yang ada untuk memastikan kejayaan mereka di dalam
peperangan ini. Hari ini, kita dapat
saksikan bahawa perang ini telah membuahkan hasil yang lumayan bagi kaum
kuffar.
Umat Islam hari ini
bertelagah sesama sendiri dalam hal agama, berpecah dan membenci antara satu
sama lain. Para pemimpin mereka pula
berjaya dipengaruhi untuk menggunakan kuasa yang ada bagi memerangi dan
memusuhi Islam serta umatnya.
Kita mengetahui
bahawa buat masa ini Amerika Syarikat menguasai dunia dengan sejumlah jaringan
informasi raksasa yang mereka miliki.
Dengan kekuatan
ini, mereka berjaya mengawal dunia dan mengarahkan jaringan informasi
negara-negara lain agar berkiblat kepada mereka.
Tujuannya adalah
agar umat Islam tidak mendengar, kecuali apa yang disiarkan oleh mereka; tidak
menonton, kecuali apa yang mereka tayangkan; tidak membaca, kecuali apa yang
mereka tulis; tidak berbicara kecuali apa yang mereka bicarakan; tidak
mengikut, kecuali apa yang mereka arahkan dan tidak berfikir, kecuali menurut
sebagaimana yang mereka inginkan.
Terhadap Islam, AS
menginginkan agar kita memahaminya dengan cara berfikir mereka. Oleh itu, jika ada orang yang menyimpang dari
cara pandang mereka, maka AS akan segera menggerakkan media massanya untuk
menyerang.
Mereka akan
menggambarkan orang tersebut sebagai berlawanan dengan Hak Asasi Manusia, tidak
demokratik, perosak perpaduan, pengacau keamanan dan sebagainya.
Mereka akan
menyatakan kepada dunia bahawa ini adalah golongan ekstremis, fundamentalis,
terroris, radikal dan merbahaya.
Istilah-istilah
sebegini direka dan dimanipulasi oleh AS untuk membawa satu konotasi yang
negatif dan buruk.
Merekalah yang
mula-mula mencipta istilah-istilah ini dan mereka berjaya memaksa dunia
menerima makna-makna istilah ini sebagaimana makna yang dimaksudkan oleh
mereka.
Mana-mana orang
yang tidak berfikir cara Barat, mana-mana orang yang tidak sehaluan dengan
Barat dan mana-mana orang yang ingin mengamalkan ajaran Islam, tetapi tidak
sesuai dengan kehendak Barat, maka golongan ini akan dicap sebagai ‘ekstremis’.
Pada masa yang
sama, Barat mempropagandakan istilah ‘moderate’ (sederhana) dan meracuni
pemikiran umat Islam bahawa kelompok Islam yang ‘baik’ adalah kelompok moderate
(sesuai dengan kehendak Barat).
Mereka mengheret
dunia agar bersetuju dengan mereka melalui istilah-istilah yang dilontarkan.
Sesungguhnya
cap-cap sebegini dilontarkan oleh Barat kepada umat Islam, agar kita
mentafsirkannya mengikut tafsiran mereka.
Malangnya sekarang
ini, bukan sahaja Barat, kita juga melihat bahawa gelaran ini telah dilontarkan pula oleh sesetengah
kaum Muslimin termasuk para pemimpin, kepada umat Islam, dengan konotasi yang
sama.
Jika suatu waktu
dahulu, di zaman kebebasan individu mula melanda negeri dan tubuh umat Islam,
mana-mana perempuan yang memakai tudung labuh akan dianggap sebagai ekstrem.
Sesiapa sahaja yang berjubah dan berserban juga dianggap sebagai ekstremis
agama.
Ringkasnya, sesiapa
sahaja yang cuba berpegang teguh dengan ajaran agama akan dilabelkan sebagai
pelampau.
Golongan yang tidak
ekstrem adalah mereka yang tidak bertudung, minum arak, pergi ke pub-pub atau
kelab malam, bercampuran lelaki dan wanita (bersosial) dan seumpamanya.
Sesunguhnya semua
ini adalah manifestasi dari racun kuffar Barat yang telah menular di dalam
pemikiran kita agar kita bermusuhan antara satu sama lain serta membenci dan
memerangi sesama kita.
Sebagaimana kita
maklum, kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang kepada
sekularisme.
Mereka membunuh,
memerangi dan menjajah kita dan menerapkan sistem kufur mereka ke atas kita
atas nama sekularisme.
Dengan kata lain,
kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang teguh dengan fahaman sekular
mereka.
Wahai kaum
Muslimin! Kita bersaudara. Kita adalah satu kesatuan. Haram untuk kita berpecah
belah dan bermusuhan. Musuh kita adalah mereka yang menolak Allah dan RasulNya,
bukan sesama kita.
No comments:
Post a Comment