Tuesday, 29 November 2016

KERJA TAMBAH PENDAPATAN

Laku dua kerja. Tambah pendapatan untuk kehidupan lebih baik. Allah tidak akan mengubah nasib anda jika anda tidak lakukannya sendiri. Perbuatan menuding jari menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri itulah yang dikatakan hina.

Kita salahkan orang lain mengapa hidup dihimpit masalah. Yang bermasalah adalah kita. Jadi mengapa salahkan orang lain?

Rakyat asing boleh hidup selesa di negara kita. Mereka boleh mengumpul wang dan dihantar ke negara asal. Ada yang mampu memiliki perniagaan yang baik  di negara kita.

Mengapa itu terjadi? Sebabnya mereka ingin mengubah nasib. Sanggup bersusah payah dan mempertaruhkan sepenuh masa dan tenaga untuk mengubah nasib.

Mereka yang hanya tahu mengeluh dan menyalahkan orang lain tidak akan menjadi lebih baik. Bahkan, nasibnya lebih buruk dan motivasi terus jatuh. 

Mereka hanya tahu marah, ingin salahkan orang lain. Diri sendiri tidak mahasabah untuk mencari punca mengapa kehidupanya tidak bahagian.

Apabila dicadangkan melakukan pelbagai kerja atau lebih satu kerja, lantas dikatakan orang yang mencadangkan itu tidak ada otak. Siapa sebenarnya tidak ada otak? Berfikirlah untuk kebaikan. Kita tidak adakan mati kerana bekerja lebih. 

Hidup tidak mahu berusaha lebih adalah sifat malas. Lebih banyak berada di warung dan kedai makan berbanding berusaha. 

Anak yang sepatutnya telah bekerja masih dibiarkan hidup macam anak orang kaya. Banyak lepak dan bersukaria. Jadi mat repit dan terjebak aktiviti tidak sihat.

Keengganan untuk berusaha untuk diri sendiri dan keluarga adalah di antara faktor yang menyebabkan kehidupan berada dalam keadaan melarat. Apabila perkara ini berlaku, mereka memilih jalan mudah dengan menyalahkan kerajaan.

Budaya melakukan dua tiga kerja telah lama diamalkan di negara-negara barat dan timur.

Sikap manusia yang lebih suka mengecam dan memilih untuk berfikiran negatif menjadi punca keengganan mereka untuk berusaha dengan lebih gigih.

Pernahkah anda mendengar pepatah Melayu “Belakang parang, kalau diasah lagikan tajam”?

Begitu juga dengan tubuh badan kita. Dengan “exersice” yang banyak maka badan kita akan lebih cergas dan sihat.

Allah telah kurniakan setiap orang dengan pancaindera yang sama namun cara setiap orang menggunakannya sememangnya berlainan diantara satu sama lain.

Tahukah anda, mereka yang banyak tidur, otak akan “mati”?

 Mungkin anda akan terkejut apabila anda mendapati dengan melakukan dua tiga kerja, tubuh anda bukan sahaja lebih sihat malahan “poket” anda juga akan lebih tebal dan ini menjurus kepada keluarga yang lebih bahagia.

No comments:

Post a Comment