Wednesday 1 June 2022

BENDERA LUSUH TANDA TIDAK HORMAT LAMBANG NEGARA

 
Bendera lusuh tanda tidak hormati. Bendera menjadi lambang kemegahan setiap rakyat yang cintakan negara. Mengibarkan bendera satu amalan murni yang perlu diamalkan bukan sahaja sempena Bulan Kemerdekaan. 
 
Malang sekali ada pihak bersungguh-sungguh memasang bendera, tetapi tidak menjaganya sehingga menjadi lusuh dan koyak. Ia disanggap sebagai tidak menghormati dan tidak sayang kepada lambang kemegahan negara. 
 
Jalur Gemilang dibiarkan di kedudukannya sepanjang masa tanpa diturunkan, termasuk waktu malam, hujan dan panas. Sebab itu keadaan menjadi lusuh dan koyak.   
 
Sepatutnya, bendera dinaikkan pada waktu pagi dan diturunkan pada waktu malam. 
 
Kalaupun tidak dinaikkan dan diturunkan setiap hari, janganlah dibiarkan sehingga lusuh dan koyak. Kalau sudah lusuh atau koyak, turunkan bendera itu dan digantikan dengan yang baharu.

No comments:

Post a Comment