Ketika diperintah oleh PAS dari tahun 1959 hingga 1978, Kelantan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Kadar kemiskinan dan tahap pembangunan yang rendah mewarnai setiap ruang kehidupan rakyat Kelantan. Negeri Kelantan menjadi negeri termiskin di Malaysia ketika era pemerintahan PAS.
Namun setelah Barisan Nasional (BN) diberi
kepercayaan memerintah Kelantan selepas pilihan raya negeri (PRN) 1978,
Kelantan mula mendapat sinar kemajuan dan rakyat mengalami perubahan
nasib.
Pembangunan fizikal negeri amat ketara
berubah seperti pembinaan jalan raya di seluruh genap ceruk negeri, pembukaan
tapak perindustrian, pembangunan bandar baharu, pembinaan sekolah, hospital,
pejabat kerajaan dan sebagainya.
Bangunan Kompleks Kota Darulnaim yang
menjadi pejabat Menteri Besar dan pentadbiran negari Kelantan dibina pada zaman
pemerintahan Barisan Nasiona. Ketika proses pembinaan kompleks tersebut,
pemimpin dan penyokong PAS mendakwa ia satu pembaziran dan ada yang sanggup
mengatakan bangunan itu tidak ubah seperti wat atau ketik tempat ibadat
penganut agama Buddha.
Bandar Kota Bharu berubah wajah apabila
dibina Pasar Buluh Kubu (kini Pasar Siti Khadijah0, Bazar Buluh Kubu (kini Bazar
Siti Khadijah), bangunan rumah kedai di kawasan sekitar, Wisma Persekutuan
Kelantan (kini Wisma Persekutuan Kota Bharu atau lebih dikenali Bangunan 11
Tingkat), Menara Perbadanan, Hotel Perdana (kemudian dijual oleh PAS dan bangunan
tersebut dirobohkan digantikan bangunan baharu yang juga dikenali Hotel
Perdana) dan banyak lagi.
Hasil usaha gigih kerajaan BN memajukan
Kelantan agar rakyat mendapat taraf kahidupan lebih selesa dan maju berjaya
meletakkan Kelantan di atas landasan yang betul. Pada tahun 80-an, Kelantan
mula menikmati segala kemajuan sepertimana dinikmati di negeri-negeri lain yang
diperintah oleh BN.
Selain itu tidak ketinggalan soal
pembangunan kerohanian. Kerajaan BN mendirikan lebih banyak masjid dan membaik
pulih yang sudah rosak. Rakyat dapat melakukan ibadat dan aktiviti keagamaan
dengan lebih selesa.
Selain itu Kompleks Balai Islam di Lundang
yang menempatkan bangunan Jabatan Agama Islam Kelantan (JAIK) dan Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta sebuah dewan serba indah
dan canggih menjadi bukti kesungguhan kerajaan BN meningkatkan syiar Islam di
Kelantan sesuai dengan gelaran Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan.
Kelas mengaji al-Quran percuma disediakan
kepada seluruh kanak-kanak apabila kerajaan melantik guru-guru al-Quran dengan
dibayar sedikit imbuhan bulanan. Untuk meningkatkan syiar Islam, mubaligh atau
guru agama dilantik untuk menyampaikan kuliah atau pengajian agama di masjid
dan surau seluruh Kelantan.
Kawasan Perindustrian Padang Tembak,
Pengkalan Chepa berjaya menyediakan ruang tapak kilang untuk pelabur datang
melabur dengan penghasilan perlbagai barangan untuk pasaran tempatan dan luar
negara. Ia memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan. Turut dibuka ialah
kawasan perindustrian di Gua Musang biarpun dalam skala yang kecil.
Namun rakyat Kelantan tidak menghargai
segala apa yang dilakukan oleh kerajaan BN sepanjang 12 tahun apabila rakyat
Kelantan kembali memilih PAS pada tahun 1990.
Sekiranya Kelantan terus diperintah oleh
BN, sudah pasti Kelantan sekarang telah menikmati kemajuan lebih baik.
Perancangan jangka panjang kerajaan BN memajukan Kelantan terhenti sekerat
jalan setelah rakyat menolak BN.
Gambar - Kompleks Balai Islam Lundang dibina pada era pemerintahan BN.
Baca juga;
No comments:
Post a Comment