Hidup
kita tidak pernah sunyi daripada umpat keji dan orang lain cari pasal dengan
kita. Sikap dengki dan tidak dapat menerima kelebihan serta kebaikan orang lain
menyebabkan perkara yang ditegah oleh agama itu dilakukan tanpa memikirkan soal
dosa.
Usah
peduli apa orang kata kepada kita jika kita yakin apa yang dilakukan itu adalah
benar dan memberi kebaikan. Jangan kita rasa bersalah dengan perkara baik yang
kita lakukan. Sebaliknya, jadikan kata-kata negatif dilontarkan kepada kita
sebagai pembakar semangat untu terus melakukan kebaikan.
Percayalah.
Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang, itu tandanya kita sudah ada
di depan. Kita telah meninggalkan mereka dengan angan-angan yang tidak pernah
memberi kebaikan.
Ketika
orang bercakap merendahkan diri kita, itu tandanya kita sudah berada di tempat
yang lebih tinggi. Sesungguhnya, apa saja kata-kata merendahkan kita tidak
berjaya selagi kita terus yakin berusaha melangkah ke puncak lebih tinggi.
Mereka yang merendah-rendahkan kita akan lebih jauh ketinggalan dan selamanya
berada di bawah kita.
Saat
orang bercakap dengan nada iri mengenai kita, itu tandanya kita sudah jauh
lebih baik daripada mereka. Di sebalik iri hati itulah bukti kita sebenarnya
lebih baik daripada mereka. Kerana, mereka tidak iri hati apa yang kita ada dan
capai jika kita dapat dan ada lebih rendah daripada mereka.
Jika
ada orang bercakap buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik
kehidupan mereka, itu tandanya kehidupan kita sebenarnya lebih indah daripada
mereka. Mereka perlu mencipta dan menyebarkan kononnya kita buruk semata-mata
untuk menutup kelemahan dan keburukan yang mereka lakukan atau alami.
Maka,
usah kita pedulikan kata orang kepada kita. Yang penting kita tahu apa yang
dilakukan adalah untuk kebaikan diri, keluarga, agama dan negara. Jika kita terpengaruh
kata-kata buruk orang terhadap kita, maka kita akan jadi sepertimana apa yang
orang kata itu. Ketika itu, benarlah apa yang mereka kata itu.
Jom
sentiasa berfikiran positif kerana anda adalah sepertimana yang anda fikirkan.
No comments:
Post a Comment