Saturday 30 April 2022

PCAK jejak asnaf segenap kampung

  
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) menjejak asnaf segenap ceruk kampung. Kali ini di Kampung Keting, Gunong. 
 
Jejak dilakukan kerana ingin mendekati sebanyak mungkin asnaf. Ada asnaf terlepas pandang oleh NGO lain. Jadi, PCAK menjejaknya. 
 
Selain itu, kaedah itu memudahkan asnaf. Ini kerana terdapat asnaf yang uzur yang tidak mampu bergerak ke sesuatu tempat untuk menerima sumbangan. 
 
Asnaf tidak mampu pergi, biar sukarelawan PCAK yang mendatangi mereka. 
 
Anda boleh menjadi sebagai sebahagian sahabat PCAK sama ada sebagai sukarelawan atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021

No comments:

Post a Comment