Justeru,
masalah keruntuhan akhlak remaja dan pelajar perlu diberi perhatian serius dan
agenda penting sepanjang masa untuk mengatasinya. Mereka bakal mengambil alih
teraju pemerintahan negara.
Semua
pihak perlu memainkan peranan untuk mengatasi senarai kesalahan pelajar
yang semakin panjang. Lebih
membimbangkan sekarang ini tahap kesalahan akhlak remaja sekarang sudah setaraf
kesalahan jenayah orang dewasa.
Langkah
memperkasakan didikan akhlak dan pekerti amat penting. Kekuatan diri sebenarnya
bergantung kepada akhlak dan pekerti. Lemahnya nilai ini menyebabkan kemusnahan
hidup seseorang dan malapetaka kepada masyarakat keseluruhannya.
Akhlak
atau pekerti adalah kekuatan diri. Diri seseorang dinilai berdasarkan kepada
akhlak yang menghiasi dan memperkuatkan jati dirinya. Sekiranya akhlak yang
diamalkan baik, maka keseluruhan hidup menjadi baik dan begitulah sebaliknya.
Sesungguhnya
pembentukan akhlak memerlukan masa yang berterusan. Proses itu melalui didikan,
penghayatan dan amalan sepanjang hayat yang lahir dari asuahan ibu bapa, keluarga
dan masyarakat.
Budaya
atau cara hidup masyarakat mempengaruhi nilai diri seseorang. Untuk membentuk
sebuah negara yang berjaya dan bertamadun, terlebih dahulu perlu dibentuk
akhlak mulia dalam diri setiap rakyat.
Ini perlu dijadikan matlamat utama dalam agenda pembangunan negara.
Negara
maju tidak akan kekal lama jika akhlak rakyatnya rosak. Kejayaan dan kemakmuran
negara akan runtuh bersama-sama runtuhnya akhlak rakyat. Kekuatan sesebuah
negara bergantung kepada kekuatan, keterampilan dan kemuliaan akhlak
rakyatnya.
Golongan
remaja dan pelajar didapati lebih ghairah untuk melakukan sesuatu perkara tanpa
memikirkan kesannya asalkan mendatangkan kepuasan dan keuntungan untuk
mereka.
Oleh
itu amat penting golongan dewasa memperlihatkan contoh ikutan yang baik kepada
golongan remaja dan pelajar. Peranan ini perlu didahului ibu bapa sebagai orang
terdekat dengan remaja.
Ibu
bapa wajib menunjukkan tauladan yang baik dan menghindarkan melakukan perbuatan
buruk untuk dicontohi anak-anak. Melakukan kebaikan dituntut untuk kebaikan
diri sendiri dan menjadi contoh kepada anak.
Kegagalan
ibu bapa mempamerkan cara hidup yang baik samalah seperti 'mendidik’ anak melakukan akhlak buruk. Bahkan ada ibu
bapa tidak waras apabila mengajar anak melakukan perbuatan yang tidak
berakhlak.
Malang
sekali tingkah laku ibu bapa yang sering bertentangan dengan akhlak baik. Mereka
memperlihatkan sikap kasar, mencarut, tidak menghormati orang lebih tua, malas,
tidak bertimbang rasa dan biadab.
Apa
yang dilakukan orang dewasa mudah menjadi ikutan golongan pelajar. Pelajar
mampu meniru kerana dari segi fizikal dan kebolehan lain sudah setanding orang
dewasa.
Sesiapa
tidak berakhlak berdepan kehidupan penuh kesukaran dan terancam. Nilai
kenikmatan dan kesempurnan hidup terletak pada akhlak yang sempurna. Sekiranya
akhlak rosak, maka runtuhlah nilai kehidupan manusia.
Kehidupan
tanpa akhlak akan melatakkan taraf sama seperti kedudukan sebagai haiwan.
Sesungguhnya kemuliaan manusia kerana akhlaknya. Akhlak adalah akal budi yang
menjadi ukuran sebenar kualiti kehidupan manusia.
Oleh
itu, Islam amat mementingkan pembentukan akhlak mulia manusia. Ketika syariat
Islam mula disebarkan oleh Rasulullah, perkara utama dilakukan ialah
memperbaiki akhlak masyarakat Arab yang ketika itu berada pada tahap paling
buruk.
Rasulullah
terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik untuk membimbing manusia ke arah
akhlak mulia. Masyarakat di kota Makkah amat mengkagumi peribadi Rasulullah dan
dipanggil al-amin.
Apa
yang ditunjukkan Rasulullah satu contoh kepada ibu bapa dan masyarakat untuk
mendidik golongan lebih muda. Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh ikutan
pelajar. Tanpa contoh dan ajaran, pelajar akan terdedah dengan pengaruh lain
yang lebih banyak menyebabkan keburukan.
Cara
mendidik bukan dengan secara memberitahu atau menyatakan teorinya saja. Mesti
ada contoh untuk diikuti. Pelajar lebih mudah mengikuti apa yang dilakukan
orang dewasa, berbanding mendengar saja itu baik dan ini buruk.
Sesungguhnya,
apa dilakukan ibu bapa lebih banyak mempengaruhi pembentukan akhlak anak-anak
berbanding apa yang dicakapkan. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan
tauladan yang baik agar mudah diikuti.
Didikan
akhlak adalah harta pusaka paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak.
Anak-anak yang terdidik akhlaknya dapat menggunakan harta paling berharga itu
sepanjang hidupnya tanpa berkurang sedikit.
Sebaliknya,
ibu bapa yang meninggalkan harta benda yang banyak kepada anak-anak, tetapi
miskin akhlaknya akan melalui hidup yang sukar. Jumlah harta semakin digunakan
semakin berkurangan terutama sekali jika tidak diuruskan dengan baik.
Anak
yang runtuh moral menggunakan harta kekayaan milik ibu bapa dengan melakukan
perbuatan yang akan merosakkan diri sendiri. Sikap boros, bongkak dan
membelanjakan kekayaan ke arah kemusnahan adalah sikap orang yang rosak
akhlaknya.
Sebab
itu, ibu bapa yang baik lebih mementingkan memberi kasih sayang, mendidik pekerti
mulia dan memberi perhatian kepada anak sebagai bekalan meneruskan kehidupan
yang penuh pancaroba ini.
No comments:
Post a Comment