Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal
dengan Imam Abu Hanifah berjalan bertentangan arah dengan seorang budak kecil
yang berjalan mengenakan terompah kayu.
Si imam berkata: "Jaga-jaga Nak dengan
terompah kayumu itu, jangan sampai kamu tergelincir."
Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan
terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?"
tanya si budak kecil itu tadi.
"Numan namaku", jawab si imam.
"Oooo.. jadi, tuankah yang selama ini
terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-Azhom (Imam agung) itu..?", tanya si
budak.
"Bukan aku yang memberi gelaran itu.
Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku",
jawab si Imam.
"Wahai si Imam, berhati-hatilah dengan
gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran itu.
Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu
itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan
keangkuhan menyertainya…”
Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam
itupun tersungkur menangis menerima nasihat 'tajam' daripada seorang budak
kecil.
Imam Abu Hanifah bersyukur. Siapa sangka,
peringatan yang begitu dalam maknanya, justeru ia datang dari lidah seorang
budak.
Betapa banyak manusia yang tertipu kerana
pangkat, tertipu kerana kedudukan, tertipu kerana gelaran, tertipu kerana status
sosial dan sebagainya yang bernilai di dunia ini.
Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong
kerana gelaran, pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia.
Ketahuilah, sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak
akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya
seberat biji sawi." (Hadis riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment