Friday, 25 May 2018

HUKUM ZIARAH KUBUR HARI RAYA

Hukum ziarah kubur pada hari raya. Ziarah kubur amalan baik untuk mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi laranganNya.

Ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada kubur ahli keluarga sahaja. Tiada nas yang menetapkan ziarah kubur pada hari tertentu. Begitu juga tiada arahan larangan ziarah kubur pada hari tertentu. 

Amalan masyarakat menjadikan hari raya untuk ziarah kubur ibu bapa dan ahli keluarga. Persoalannya, mengapa menziarahi kubur pada hari raya?. Mengapa tidak dilakukan amalan ziarah kubur itu pada hari-hari lain?

Hari raya adalah hari kemenangan untuk kita rayakan bersama ahi keluarga dan jiran tetangga untuk merapatkan silatulrahim dan kasih sayang. Itulah masa peluang terbaik apabila sanak saudara berkumpul bersama. Ahli keluarga yang tinggal jauh pulang beraya bersama. Penuhi peluang dan ruang masa itu sebaiknya.

Soal melawat kubur boleh dilakukan bila-bila masa. Utamakan dahulu meraikan dan menjalin hubungan dengan sanak saudara pada hari raya.

Pun, tidak dilarang atau haram melawat kubur pada hari raya. Hanya kita sewajarnya mengutamakan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment