Pendekatan menggunakan alam maya dalam meraih undi atau keyakinan
politik terhadap parti dan individu sesuai dengan perubahan semasa.
Statistik menunjukkan 82 peratus pengundi menggunakan media sosial
malah 90 peratus pengundi muda aktif dalam medium tersebut.
Secara teori mudah, jika serangan dibuat melalui media
sosial, maka membalas atau mematahkan serangan itu juga perlu dilakukan melalui
media sosial.
Dengan cara itu baru sasaran sebaran makumat akan kembali kepada
khalayak yang sama.
Golongan muda yang mudah menerima apa disampaikan melalui media sosial. Jika persoalan itu dijawab melalui media lain, contohnya
akhbar dan televisyen, ia tidak banyak diterima oleh golongan muda kerana
mereka kini jarang membaca akhbar atau menonton televisyen.
Justeru,
usaha untuk menangkis fitnah dan menarik sokongan rakyat perlu dilakukan
melalui medium yang sama.
Malang sekali, di kalangan penyokong parti kerap kali pula
menyalahgunakan kemudahan media sosial untuk menyerang sesama sendiri.
Perkara ini dilakukan atas dasar menyokong pemimpin tertentu atau
apabila apa dihajati tidak ditunaikan. Sikap pejuang siber yang berjuang atas nama pemimpin
tertentu sahaja dengan dan mendedahkan keburukan pemimpin lain yang menjadi
musuh kepada 'tuannya', maka seluruh warga maya akan mengetahui sengketa sesama
pemimpin sendiri.
Ingatlah, serangan sesama sendiri bukan saja melemahkan lawan, tetapi juga
kesan buruk kepada diri sendiri. Perangai seperti seladang, suka tanduk sesama
sendiri sampai tanduk patah, akhirnya bila harimau dan singa datang tanduk
seladang tidak ada lagi untuk bertahan.
Tentukan matlamat dan sasaran dalam menjalankan tugas sebagai pejuang siber.
No comments:
Post a Comment