Monday, 11 December 2017

CENDAWAN KUKUR DAPAT PERMINTAAN TINGGI

Cendawan kukur semakin mendapat sambutan. Dulu cendawan kukur tumbuh di batang pokok mati pada musim hujan, terutama di batang pokok getah yang sedang mereput.

Cendawan kukur berbentuk kulit kerang di mana ia mempunyai pangkal yang melekat pada batang kayu dengan kuat. Warna cendawan kukur adalah kelabu coklat keputihan bergantung kepada jenis kayu dan keadaan habitat kelilingnya.

Saiz cendawan kukur diantara 1 - 4 cm dan tumbuh beberapa hari sebelum ianya akan menjadi 'melo' dan mati jika dibiarkan terus di atas batang kayu. Cendawan kukur mempunyai aroma yang khusus dan enak kepada mereka yang suka akan baunya.

Banyak laporan ada menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap imium badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati.

Kini, cendawan kukur sudah dikomersialkan menjadi 'tanaman' memberikan pulangan lumayan sepanjang tahun.

Permintaan terhadap cendawan kukur amat tinggi kerana rasanya sedap dan kaya khasiat. Kini cendawan kukur ada dipasarkan melalui internet bagi memudahkan pembeli tidak kira di mana berada.

Penanaman cendawan kukur menggunakan kaedah bongkah membolehkan hasilnya dituai sepanjang tahun.

Penjagaan cendawan kukur tidak rumit dan hanya mengambil masa selama seminggu untuk tumbuh. Penjagaan cendawan kukur tidak serumit cendawan tiram.

Cendawan kukur juga tidak mudah rosak dan boleh 'diawet' dengan cara dikeringkan.

Tumbuhan ini hanya memerlukan tempat teduh dan perlu disiram antara dia hingga tiga kali sehari. Tempat untuk menyimpannya haruslah kawasan yang redup dan lembap. 

No comments:

Post a Comment