Jerman adalah sebuah negara industri
terkemuka. Di negara seperti ini, tentu banyak yang menyangka warganya hidup
berfoya-foya.
Ketika saya tiba di Hamburge , saya bersama
kawan kawan masuk ke restoran.
Kami lihat banyak meja kosong. Ada satu meja
di mana sepasang anak muda sedang makan. Hanya ada dua piring makanan dan dua
tin minuman di meja mereka.
Hati saya berkata, adakah hidangan yang
begitu simple dapat dikatakan romantis dan mungkinkah si gadis itu akan
meninggalkan si pemuda kedekut tersebut?
Kemudian ada lagi beberapa wanita tua di meja
lain. Ketika makanan dihidangkan, pelayan membagi makanan tersebut dan mereka
menghabiskan setiap butir makanan yang ada di pinggan mereka.
Kerana kami lapar, rakan kami pesan lebih
banyak makanan. Setelah selesai makan, masih berbaki makanan tidak dapat kami
habiskan.
Ketika kami hendak meninggalkan restoran,
wanita tua dari meja sebelah mengatakan sesuatu kepada kami. Dia menyatakan perasaan
tidak suka kami yang membazirkan makanan.
Lalu kawanku berkata kepada wanita tua itu,
"Kami yang bayar , bukan urusan kamu berapa banyak makanan yang
berbaki"
Wanita itu tidak berpuas hati dengan jawapan itu
dan kemudian menelefon seseorang.
Sebentar kemudian seorang lelaki berseragam
Jabatan Sosial pun tiba. Setelah mendengar permasalah punca terjadinya pertengkaran, dia mengeluarkan
surat denda berjumlah RM 250.00 pada kami.
Kami semua terdiam.
Petugas itu berkata: “ PESAN HANYA YANG
SANGGUP ANDA MAKAN, WANG ITU MILIKMU TAPI SUMBER ALAM INI ADALAH MILIK BERSAMA.
ADA BANYAK ORANG LAIN DI DUNIA YANG KEKURANGAN. KAMU TIDAK ADA ALASAN UNTUK
MEMBAZIRKAN SUMBER ALAM TERSEBUT.”
Renungkan. Banyak wang bukan bermakna kita bebas
membazir. Namun, itulah yang berlaku dalam masyarakat kit.
Islam menegah perbuatan membazir, tetapi orang
Islam tidak pedulikan perintah tersebut.
Sebaliknya, yang mengamalkan perbuatan yang disebut
dalam al-Quran itu adalah orang kafir.
No comments:
Post a Comment