Friday 26 January 2024

CARA TANAM KANGKUNG GUNA BALDI

 
Sayur kangkung memang sedap dibuat ulam, digoreng atau disayur. Untuk mendapatkan kangkung yang segar dan elok, boleh sahaja tanam sendiri. Mudah dan murah.
 
Satu cara tanam kangkung dengan mudah dan murah ialah menggunakan tapis dan baldi. Guna tapis yang biasa digunakan untuk tos atau tapis sayur atau seumpamanya. Sediakan baldi yang ukuran mukanya hampir sama besar dengan tapis.
 
Cara-caranya :
- Rendam benih kangkung selama 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang lebih cepat selepas 24 jam, boleh asingkan dan letak dalam tapis.boleh terus terus ke langkah seterusnya.
- Toskan benih selepas rendam.
- Masukkan di dalam tapis, agak-agak jangan padat sangat.
- Pastikan menggunakan tapis yang lubangnya kecil, Jika lubang lubang besar akan menyebabkan anak kangkung akan bolos nanti.
- Jika benih ada yang sudah berakar, masukkan akar-akar melalui lubang tapis.
- Tapis yang diletak atas baldi mesti muat-muat.
- Masukkan air paip separas mencecah dasar tapis
- Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari.tujuan tutup adalah untuk menggalakan anak semai cepat tumbuh panjang.
- Anak benih akan tumbuh seperti taugeh
- Dedahkan anak kangkung.
- Tambah air baja AB
- Pantau paras air agar tidak mencecah akar
- Kangkung boleh dituai seletah berumur tiga minggu

 
Sumber daripada FB

No comments:

Post a Comment