Burung botak siput atau lebih dikenali
sebagai bangau Asia (Asian Openbill Stork) dengan nama saintifiknya Anastomus
oscitans adalah sejenis burung besar yang ditemui di kawasan Asia Selatan dan Asia
Tenggara.
Burung bangau Asia mempunyai saiz besar
dengan panjang badan sekitar 68-81 cm. Mempunyai bulu berwarna putih kelabu
dengan sayap dan ekor berwarna hitam. Ukuran paruhnya yang besar dan sedikit
terbuka di bahagian tengah, sesuai untuk menangkap siput, makanan utama mereka.
Habitat burung botak siput biasanya ditemui
di kawasan sawah padi, paya, tasik, dan sungai. Borong botak siput lebih suka
kawasan dengan air yang cetek di mana mudah mencari makanan.
Makanan utamanya ialah siput, khususnya
siput air tawar. Dalam sehari, burung bangau Asia boleh memakan antara 50
hingga 100 ekor siput gondang emas. Jadi, burung ini dianggap kaedah secara
biologi kawalan siput gondang emas. Makanan lain ialah serangga, katak, dan
ikan kecil.
Burung ini biasanya bersarang di
pokok-pokok tinggi berhampiran sumber air. Setiap kali bertelur menghasilkan
dua hingga empat biji telur. Setelah menetap, kedua-dua induk akan menjaga
anak-anaknya.
Bangau Asia merupakan spesies penting dalam
ekosistem kerana peranannya dalam mengawal populasi siput dan serangga, serta
sebagai petunjuk kepada kesihatan ekosistem air tawar.
Burung Asia adalah burung hijrah. Burung
ini sering berhijrah berdasarkan musim dan ketersediaan makanan. Ketika musim
kering, burung ini mereka mungkin berhijrah ke kawasan yang mempunyai lebih
banyak sumber air dan makanan.
Manakala pada musim pembiakan, burung ini akan
kembali ke kawasan yang sesuai untuk bertelur dan menjaga anak-anak sehingga
besar atau boleh berdikari. Hijrah ini biasanya melibatkan pergerakan jarak
pendek di antara kawasan yang berdekatan dalam lingkungan habitat asal.
No comments:
Post a Comment