Sunday 20 October 2019

DI NEW ZEALAND TIADA ULAR

Saya baharu tahu bahawa New Zealand tidak ada ular dan labah-labah. Malah apa-apa haiwan pemangsa pun boleh dikatakan tak ada. Kawan saya yang beritahu.

Bila saya semak di internet memang betullah, kalau ada haiwan pemangsa pun itu bukan asal dari sini, ada orang bawa dari luar.

Mengikut info dari internet, hanya satu jenis mamalia sahaja yang berasal dari sini iaitu sejenis kelawar. Itu je lah binatang "penduduk asal" di sini. Binatang lain semuanya dibawa oleh manusia.

Oleh kerana tiada sebab untuk manusia bawa ular dan binatang bahaya ke sini dan hanya dibawa binatang yang berguna, maka jadilah New Zealand negara yang tiada binatang bahaya.

Sebab itulah di lapangan terbang New Zealand, bio security sangat ketat. Semua benda hidup tidak boleh dibawa, buah-buahan dan haiwan. Kawan saya bawa dua biji buah epal yang anak dia nak makan pun kena sita di airport.

Siapa yang takut ular, bolehlah pindah ke sini.

FB Mohd Yazid Ismail
Lake Tekapo, New Zealand.

No comments:

Post a Comment