Pemilihan
nama anak tidak wajar dipandang mudah kerana ia mungkin memberi kesan yang
bertentangan dengan kehendak Islam. Oleh itu, salah satu hak anak yang harus
dipenuhi oleh orang tuanya ialah memberikan nama yang baik.
Abu
Hasan meriwayatkan bahawa suatu hari seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah SAW: ‘‘Ya Rasulullah apakah hak anakku terhadapku?”
Jawab
Rasulullah: ‘‘Anak berhak mendapat nama yang baik kerana nama yang diberikan
oleh orang tuanya menentukan kehormatannya.’’
Justeru
itu, tidak boleh menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang
tidak mempunyai erti yang baik.
Dari
perspektif Islam, walaupun perbincangan mengenai nama adalah sesuatu yang
sangat luas skopnya, akan tetapi sebagai pengenalan, nama sebenarnya menjadi
lambang kepada seseorang.
Apabila
sebut Muhammad atau Abdullah, itulah lambangnya dan nama ini mempunyai hubungan
yang sangat rapat dengan empunya nama. Atau dengan kata lain, dia akan
terpengaruh dengan nama itu, dan kalau nama itu bermaksud baik maka baiklah
hasilnya.
Nama
juga melibatkan nasab atau keturunan, yang bermaksud apabila kita mempunyai
anak, anak tersebut akan membawanya sehingga akhir hayat.
Hal
ini boleh dilihat melalui anjuran Rasulullah SAW supaya kita memilih
nama yang baik untuk anak-anak.
Sabda
baginda bermaksud: ”Sesungguhnya kamu akan diseru pada Hari Kiamat nanti dengan
nama-nama kamu dan nama ayah kamu, oleh itu perelokkanlah nama
kamu.” (Riwayat Abu Darda)
Ini
juga secara tidak langsung menjelaskan kepada kita bahawa nama mempunyai kaitan
rapat dengan keperibadian seseorang itu.
Melalui
nama juga ia menjamin keselamatan agama itu sendiri. Oleh kerana itu, nama yang
mirip kepada agama lain, tidak sahaja mengundang kekeliruan malah lebih dibimbangi
ialah anggapan segelintir pihak mengatakan bahawa ia mewakili agama
tersebut.
Lantaran
nama yang baik seperti dikehendaki oleh Islam ialah yang mempunyai sandaran
terhadap Allah dan Rasul-Nya, maka sewajarnya juga sekiranya ada mualaf yang
ingin mengekalkan nama bapa sama ada dari apa bangsa sekalipun, maka pastikan
maknanya tidak buruk dan melanggar akidah.
Sabda
Rasulullah SAW mengingatkan: ”Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu
adalah yang disandarkan dengan nama Allah, umpamanya Abdullah atau Muhammad.” (Hadis
riwayat Muslim)
Bagaimanapun,
ia mestilah disusuli dengan nama yang berkaitan dengan 99 nama Allah SWT.
Sekiranya terkeluar atau bertentangan dengan 99 nama Allah ini, ia menjadi
haram kerana seolah-olah telah melanggar akidah.
Contohnya,
Abdul Nabi (hamba nabi), Abdul Muhammad, Abdul Rasul dan Abdul Kaabah. Apatah
lagi sekiranya nama yang bukan dari bahasa Arab yang mengandungi makna yang
melanggar akidah tentulah dilarang sama sekali walaupun hakikatnya ingin
mengekalkan nasab.
Hukum
haram ini berasaskan kepada dua dalil. Pertama, tiap-tiap nama yang berunsur
penyembahan dan pengabdian selain Allah haram digunakan mengikut ijmak
ulama.
Ibn
Hazam berkata: ‘‘Mereka bersepakat menghukumnya haram ke atas nama yang
bermaksud penyembahan dan perhambaan selain Allah seperti Abdul Uzza, Abdul
Habl, Abdul Umar, Abdul Kaabah dan sebagainya.”
Kedua,
nama khusus yang digunakan oleh orang-orang bukan Islam untuk mendewa-dewakan
tuhan mereka. Ia adalah dilarang. Contoh, Abdul diikuti dengan nama-nama tuhan
Nasrani seperti James, Jimmy.
Pengaruh
nama ini dibimbangi menyebabkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bukan
Islam walaupun hakikatnya dia beragama Islam.
Sungguhpun
Islam tidak mewajibkan ke atas keluarga Muslim menamakan anak-anak mereka
dengan nama-nama tertentu sama ada Arab atau bukan Arab, tetapi panduan-panduan
mengenainya disediakan.
Walaupun
nama tersebut tidak mempunyai makna tetapi hendaklah nama yang baik dan tidak
dipandang buruk oleh orang ramai serta tidak ditolak oleh anak itu selepas dia
dewasa.
Nabi
pernah menukar nama-nama yang buruk seperti Qalilan (sedikit) kepada Kathiran
(banyak), Asiyah (gemar berbuat maksiat) kepada Jamilah (cantik) dan
sebagainya.
Nama
tersebut bukan sesuatu yang disembah melainkan Allah seperti Abdul Kaabah,
Abdul Nabi, Abdul Hussein, Ghulam (sama dengan maksud Abdul iaitu hamba) Ahmad,
Ghulam Ali, Ghulam Jailani dan sebagainya.
Perkataan
yang bukan berasal daripada Arab tetapi maknanya hamba, hukumnya sama dalam
bahasa Arab. Sungguhpun diketahui niat pemberi nama itu baik tetapi apabila
menjadi nama ia tidak baik.
Nama
itu juga tidak cenderung kepada kebesaran, takbur dan meninggikan diri daripada
manusia lain.
Hadis
bermaksud: ‘‘Seburuk-buruk nama di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah lelaki
yang dinamakan Malikul Amlak, Malikul Muluk (Raja segala raja) kerana tiada
kerajaan melainkan kerajaan Allah.”
Termasuklah
juga nama seperti Ar-Rahman, Al-Muhaimin, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Khaliq,
Al-Bari. Nama-nama daripada 99 nama Allah tidak boleh dicantumkan dengan ‘Al’
kerana ia menjadi nisbah kepada Allah.
No comments:
Post a Comment