Catatan
sejarah mengatakan Masjid Tua Kampung Laut berusia lebih 300 tahun. Usia
tersebut menjadikan Masjid Tua Kampung Laut antara masjid kayu tertua di
Malaysia, bahkan mungkin di Nusantara.
Nama
‘tua’ digunakan sebagai membezakan Masjid Kampung Laut yang terdapat di Kampung
Laut sekarang ini dengan Masjid Tua Kampung Laut yang kini terletak di Nilam
Puri.
Menurut
catatan sejarah ditulis penduduk tempatan, masjid itu dibina pada zaman
pemerintahan Raja Kelantan bernama Long Yunus (memerintah dari tahun 1763
hingga 1798).
Terdapat
juga cerita menyebut Masjid Tua Kampung Laut dibina oleh alim ulama dari Jawa
yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Campa (Vietnam).
Dakwaan itu berdasarkan terdapatnya masjid yang seni bentuknya hampir sama
dengan Masjid Tua Kampung Laut, iaitu Masjik Demak di Jawa, Masjid Kono
(Champa), Masjid Nad Tanjung dan Masjid Wadi Hussein di
Thailand.
Masjid
Tua Kampung Laut asalnya terletak di Kampung Laut, satu pelabuhan persinggahan
utama bagi pelayar dari Kepulauan Indonesia menuju ke Thailand, Kemboja dan
Vietnam.
Banyak
alim ulama turut singgah dan menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk sekitar
Kampung Laut.
Bangunan
asalnya hanya empat batang tiang beratapkan daun nipah dengan ukuran keluasan
enam meter kali enam meter.
Kemuncak
kemasyhuran Masjid Tua Kampung Laut berlaku sekitar pada zaman pemerintahan
Sultan Muhammad 11 (1839 - 1886) hinggalah ke zaman pemerintahan Sultan
Muhammad IV (1900 - 1920).
Sesuai
dengan perubahan masa dan bilangan jamaah semakin bertambah, bangunan Masjid
Tua Kampung Laut telah melalui pertambahan keluasan dan reka bentuk lebih
menarik.
Masjid
Tua Kampung Laut menjadi pusat pengajian Islam terkemuka di Kelantan pada
ketika itu.
Pada
asalnya, tapak Masjid Tua Kampung Laut terletak agak jauh dari tebing Sungai
Kelantan.
Namun,
setiap kali musim banjir, tebing sungai mengalami hakisan, terutama pada dua
banjir besar yang melanda Kelantan iaitu pada Disember 1926 atau lebih dikenali
Bah Air Merah dan banjir Disember 1966.
Akibat
hakisan yang berterusan, tapak masjid terhakis sehingga sebahagian bangunan
masjid hampir dihanyutkan air sungai.
Persatuan
Sejarah Malaysia (PSM) yang ketika itu diketuai Tun Hamdan Sheikh Tahir (bekas
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang) telah mencadangkan agar bangunan bersejarah
itu dipindahkan ke tapak lain.
Langkah
itu penting bagi menyelamatkan satu warisan negara yang tidak
ternilai.
Kerajaan
Kelantan telah memilih sebidang tanah milik Yayasan Islam Kelantan di Nilam
Puri sebagai tapak baharu bagi mendirikan semula Masjid Tua Kampung Laut.
Pada
bulan November 1968, bangunan Masjid Tua Kampung Laut telah dirombak untuk
dibina semula di Nilam Puri.
Kerja
tersebut dilakukan oleh kontraktor Hussein Salleh, di bawah seliaan
Zain Awang Kechik, melibatkan tukang rumah terkenal di Kelantan.
Kos
perpindahan dan pembinaan semula masjid itu berjumlah RM16,825 yang ditanggung
sepenuhnya oleh PSM.
Bangunan
masjid itu telah dibina semula mengikut bentuk yang asal dan menggunakan semua
bahan lama seberapa boleh.
Walau
bagaimanapun, hanya bahagian ibu masjid saja yang dapat didirikan semula, tanpa
balai dan menara.
Ketika
di tapak asal, Masjid Tua Kampung Laut mempunyai lantai papan yang kedudukannya
hampir dua meter dari aras tanah. Ketinggian itu dikurangkan menjadi hanya
kira-kira 1.37m ketika dibina semula di Nilam Puri.
Masjid
Tua Kampung Laut kemudiannya diserahkan secara rasmi oleh PSM yang dilakukan
pengerusinya kepada kerajaan negeri Kelantan menerusi Menteri Besar ketika itu,
Datuk Mohd Asri Muda, pada 8 Mei 1970.
Kemashyuran
reka bentuk Masjid Tua Kampung yang unik telah menjadi satu lambang kemegahan
rakyat Kelantan.
Penampilan
bentuk bumbung bersegi tiga (bertenggek) menirus ke atas, buah gutung dan
menora adalah gambaran keunggulan Masjid Tua Kampung Laut.
Banyak
bangunan di Kelantan kini menerapkan identiti reka bentuk Masjid Tua Kampung
Laut iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Menteri Besar
Kelantan, Bangunan Majlis Agama Islam Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Kelantan.
Pada
tahun 1988, sekali lagi Masjid Tua Kampung Laut dibaik pulih. Ia turut melibatkan
pembinaan menara, serambi besar, serambi kecil, balai lintang, wakaf orang
kaya, tandas, kolah, tangga, bekalan elektrik dan bekalan air.
Masjid
Tua Kampung Laut ialah bentuk Melayu - Nusantara yang paling tua dikekalkan
dengan struktur asalnya. Masjid tua lain, misalnya Masjid Demak, Masjid
Terengkera dan Masjid Peringgit, telah dirombak dan diganti dengan bahan
konkrit, kecuali struktur bumbung dan tiang serinya yang masih asal.
Sekarang
ini kawasan Masjid Tua Kampung Laut lebih kelihatan menarik apabila
persekitarannya kini turut dihiasi dengan landskap dan beberapa kemudahan lain.
Ia sering menjadi kunjungan ahli sejarah dan mereka yang meminati seni bina
lama.
Pada
Jun 2000, pengendalian dan penjagaan fizikal masjid itu diserahkan kepada pentadbir
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS).
Masjid
Tua Kampung Laut digunakan sebagai tempat bersembahyang berjamaah lima waktu
dan kelas agama. Sembahyang Jumaat tidak diadakan di situ memandangkan itu
tidak diiktiraf sebagai masjid mukim.
Kemas kini
Bermula 2020, proses merobohkan Masjid Tua Kampung Laut dilakukan bagi membolehkan ia dibina semua di Kampung Laut, tidak jauh dari tapak asal yang kini telah menjadi sebahagian daripada Sungai Kelantan.
Pada 2022, Masjid Tua Kampung Laut yang dipindahkan ke Kampung Laut, telah dibuka kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment