Friday, 21 February 2025

LOKOMOTIF KELAS 22 KTM

 
Kepala kereta api (lokomotif) diesel elektrik Kelas 22 mula memasuki senarai aset Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada 1971 apabila 24 buah diterima dari Konsortium English Electric – Associated Electrical Industries (EE-AEI) Saltley, Birmingham, England. Pada tahun 1972 sebanyak 16 lokomotif lagi diterima menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 40 lokomotif.
 
Lokomotif Kelas 22 ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada rancangan pendieselan KTM sejak tahun 1948, sekaligus menamatkan penggunaan lokomotif wap.
 
Lokomotif Kelas 22 ini dilengkapi dengan enjin jenis EE8CSVT Mk.III. Ia merupakan enjin 2-lejang, 8 silinder dengan kuasa kuda 1,710 hp (kuasa kuda). Kelajuan maksimum semasa perkhidmatan ialah 96 km/j.
 
Ia mengendalikan hampir kesemua perkhidmatan KTM, sama ada pengangkutan barang atau penumpang, di seluruh rangkaian KTM, bersama-sama dengan armada lokomotif Kelas 20 dan 21 yang telah beroperasi ketika itu.
 
Pengenalan lokomotif Kelas 22, selain penggunaan angka 22 diikuti tiga angka jujukan, ia dikenali dengan nama-nama tempat di seluruh Malaysia.
 
Nombor dan nama armada Kelas 22 ialah
- 22101 Shah Alam
- 22102 Seri Menanti
- 22103 Alor Setar
- 22104 Kuala Kangsar
- 22105 Kelian Intan
- 22106 Changkat Budiman
- 22107 Petaling Jaya
- 22108 Kota Tinggi
- 22109 Kuala Perlis
- 22110 Rantau Panjang
- 22111 Langkawi
- 22112 Pasir Mas
- 22113 Bandar Maharani
- 22114 Mambang Di-Awan
- 22115 Kuala Lipis
- 22116 Alor Gajah
- 22117 Bayan Lepas
- 22118 Nilam Puri
- 22119 Mata Ayer
- 22120 Chendering
- 22121 Anak Bukit
- 22122 Changkat Tenggara
- 22123 Seri Gading
- 22124 Tanjong Malim
- 22125 Telok Chempedak
- 22126 Merlimau
- 22127 Tanjong Bunga
- 22128 Tanjong Tenteram
- 22129 Talaga Batin
- 22130 Mahsuri
- 22131 Limau Kasturi
- 22132 Seri Medan
- 22133 Malim Nawar
- 22134 Durian Tunggal
- 22135 Geliga
- 22136 Jitra
- 22137 Pantai Irama
- 22138 Bagan Serai
- 22139 Sungai Petani
- 22140 Manek Urai
 
Berikutan faktor usia dan kemampuannya yang terhad, lokomotif Kelas 22 digantikan secara berperingkat menjelang abad ke-21, dan akhirnya ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 2010 dengan kemunculan lokomotif Kelas 26 dan Kelas 29 yang lebih moden.
 
Beberapa unit yang tidak dilupuskan melalui proses penghapusan (pelupusan besi buruk) dijual kepada pihak ketiga atau disumbangkan kepada pihak berkuasa tempatan di seluruh negara untuk dijadikan tarikan pameran terbuka (antaranya di Muzium Keretapi Gemas, Muzium Taiping, Muzium Negara Kuala Lumpur, Muzium Keretapi Johor Bahru dan Istana Pahang di Pekan.



No comments:

Post a Comment