Thursday 4 January 2018

DENDA KESALAHAN SEBAR BERITA PALSU

Berita palsu yang disebarkan menerusi Internet boleh meruntuhkan kehidupan individu serta mengancam kestabilan negara, tidak kira apa juga niat ia ditularkan.

Penyebaran berita palsu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi turut dialami negara-negara maju seperti Perancis, Jerman dan Britain.

Rakyat Malaysia perlu diperkasakan lagi bagi menuju ke arah melahirkan warga digital masa depan yang bertanggungjawab demi keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Tindakan menyemak kesahihan dan sumber sesuatu berita adalah sangat penting sebelum disebarkan.

Sesiapa menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Penyebar berita palsu boleh ditahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes penyebaran berita palsu tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua orang mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan Internet.

No comments:

Post a Comment