Sunday 14 January 2018

KUIH NANGKA INTI PULUT

Satu faktor penting untuk menghadapi saingan dan mendapat perhatian pelanggan, peniaga kena kreatif dan inovatif. Pembaharuan dalam penghasilan produk baru mesti menampilkan kelainan untuk menarik minat pembeli.

Umpama persaingan dalam bidang fesyen, pembuat makanan juga perlu kreatif. Penggemar makanan sentiasa ingin kelainan dalam rasa dan bentuk makanan.

Makanan yang dihasilkan bukan sahaja menarik dari segi rasa, tetapi juga rupa, warna dan kelainan.

Lihat wajah kuih ini. Ambo tidak tahu namanya. Tetapi sekali pandang sudah pasti orang akan tertarik.

Kiuh ini menggunakan buah nangka sebagai 'kulit' dan pulut pelbagai warna 'inti'. Memang kreatif pembuatnya.

Nampak cantik dan menarik. Rasanya juga sedap terutama bagi mereka yang minat makan buah nangka dan pulut. 

No comments:

Post a Comment