Sunday 17 December 2017

PEJUANG SIBER SERANG SESAMA SENDIRI

Masing-masing parti politik kini mempunyai pejuang siber. Malah ada pemimpin politik mempunyai pejuang siber sendiri.

Pendekatan menggunakan alam maya dalam meraih undi atau keyakinan politik terhadap parti dan individu sesuai dengan perubahan semasa.

Statistik menunjukkan 82 peratus pengundi menggunakan media sosial malah 90 peratus pengundi muda aktif dalam medium tersebut.

Secara teori mudah, jika serangan dibuat melalui media sosial, maka membalas atau mematahkan serangan itu juga perlu dilakukan melalui media sosial. 

Dengan cara itu baru sasaran sebaran makumat akan kembali kepada khalayak yang sama.

Golongan muda yang mudah menerima apa disampaikan melalui media sosial. Jika persoalan itu dijawab melalui media lain, contohnya akhbar dan televisyen, ia tidak banyak diterima oleh golongan muda kerana mereka kini jarang membaca akhbar atau menonton televisyen.

Justeru, usaha untuk menangkis fitnah dan menarik sokongan rakyat perlu dilakukan melalui medium yang sama.

Malang sekali, di kalangan penyokong parti kerap kali pula menyalahgunakan kemudahan media sosial untuk menyerang sesama sendiri.

Perkara ini dilakukan atas dasar menyokong pemimpin tertentu atau apabila apa dihajati tidak ditunaikan. Sikap pejuang siber yang berjuang atas nama pemimpin tertentu sahaja dengan dan mendedahkan keburukan pemimpin lain yang menjadi musuh kepada 'tuannya', maka seluruh warga maya akan mengetahui sengketa sesama pemimpin sendiri.

Ingatlah, serangan sesama sendiri bukan saja melemahkan lawan, tetapi juga kesan buruk kepada diri sendiri. Perangai seperti seladang, suka tanduk sesama sendiri sampai tanduk patah, akhirnya bila harimau dan singa datang tanduk seladang tidak ada lagi untuk bertahan.

Tentukan matlamat dan sasaran dalam menjalankan tugas sebagai pejuang siber. 

No comments:

Post a Comment