Saturday 15 June 2024

KEBAIKAN KOPI UNTUK KESIHATAN

 
Rakyat Malaysia sukakan kopi. Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari. Selain rasa dan aroma yang memikat, kopi mempunyai banyak kebaikan.
 
Khasiat kopi sebenarnya banyak. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan.
 
Kopi mengandungi nutrisi yang baik.
- Riboflavin (vitamin B2)
- Pantothenic Acid (vitamin B5)
- Manganese dan potassium
- Magnesium dan niacin (B3)
 
Berikut adalah khasiat kopi untuk kesihatan semua.
 
- Meningkatkan fungsi otak. Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, reaksi dan fungsi kognitif.
 
- Kopi membantu meningkatkan kadar pembakaran lamak. Kajian menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10 peratus pada orang yang obese, manakala 29 peratus pada orang yang kurus.
 
- Kopi meningkatkan prestasi fizikal. Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulaka kerja yang berat.
 
- Kopi mengurangkan risiko kencing manis tahap 2. Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2. Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50 peratus risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67 peratus.
 
- Mengurangkan risiko parkinson. Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60 peratus.
 
- Melindungi hati. Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan. Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.
 
- Melawan kemurungan dan membuatkan diri lebih gembira. Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20 peratus.
 
- Mencegah risiko beberapa jenis kanser. Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal pada sel badan. Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser iaitu kanser hati dan kanser kolon. 

No comments:

Post a Comment