Monday, 24 March 2025

SISTEM KESELAMATAN KERETA API KTMB DIUTAMAKAN

 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai pengendali perkhidmatan kereta api terbesar di Malaysia memberi keutamaan dalam aspek keselamatan melibatkan penumpang, aset dan mereka yang berkaitan.

Namun, kecelakaan tetap berlaku disebabkan kecuaian, teknikal dan tidak patuh kepada undang-undang. Sebagai contohnya, sering kali berlaku kemalangan sehingga meragut nyawa apabila ada individu yang menceroboh kawasan landasan kereta api sama ada untuk melintas dan sebagainya.

Perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, kerana landasan kereta api adalah kawasan larangan dan individu yang menceroboh landasan kereta api boleh dikenakan denda sebanyak RM500 mengikut Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Selain itu, kejadian kereta api tergelincir dari landasan berlaku disebabkan beberapa masalah.

Kalau kapal terbang yang berada di langit luas boleh berlaku pertembungan atau perlanggaran, begitu juga tidak terkecuali dengan kereta api.

Contohnya, pada 4 Sep 2020, sebuah kereta api elektrik (ETS) dan komuter tiga gerabak bergesel berhampiran Stesen Kuang. Seorang penumpang komuter cedera manakala 29 penumpang Komuter dan 93 penumpang ETS tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Tren komuter itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS dari Stesen Padang Besar yang menuju ke Stesen KL Sentral pada 6.37 petang.

Secara keseluruhan, sistem keselamatan diamalkan KTMB adalah pada tahap terbaik dan boleh dibanggakan KTMB sendiri, bahkan rakyat Malaysia keseluruhannya. Jom naik kereta api. Jadikan kereta api sebagai pengangkutan awam utama negara.

No comments:

Post a Comment