Pasukan
penyelidik Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia
Kelantan (UMK) menemukan kesan tapak kaki dinosaur dipercayai daripada kumpulan
spesies Sauropod berusia 145,000 tahun hingga 66 juta tahun di Bukit Panau,
Tanah Merah.
Penemuan
fosil tersebut adalah hasil kajian eksplorasi geosains pasukan penyelidik UMK
yang diketuai pensyarah FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar, Prof Surono
Martosuwito, Prof Udi Hartono dan dibantu oleh Mohd Syakir Sulaiman.
Aktiviti
dan penyelidikan itu bermula pada Mei 2017 dan berjaya menemukan fosil tapak
dan laluan trek dinosaur dari subkumpulan Sauropod.
Penemuan
ini membuktikan bahawa satu masa dahulu, dijangka antara 160 hingga 66 juta
tahun yang lepas, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal
sebagai Tanah Merah, Kelantan.
Penemuan
itu membabitkan tujuh tapak kaki fosil spesies Sauropod berukuran purata 72
sentimeter (sm) panjang dan lebar dengan purata 66sm yang tercetak di atas Batu
Pasir Kuarsa dari Formasi Panau seluas 60 meter persegi.
Fosil
Sauropod yang ditemukan itu dipercayai berusia antara 65 hingga 160 juta
tahun lepas iaitu pada kala Jura akhir sehingga Kapur awal dan ia adalah
sejenis reptilia berkaki empat daripada spesies herbivor iaitu hidupan yang
memakan tumbuh-tumbuhan.
Berdasarkan
bukti tapak kaki haiwan ini dahulu memiliki tubuh yang besar dengan tulang
belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat sekitar
30 sehingga 40 tan. Spesies dinosaur ini juga dikenali sebagai haiwan terbesar
yang pernah hidup di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment