Mendaki
gunung yang tinggi itu sukar, tetapi permandangan yang indah terhasil dari atas
puncak.
Kita
perlu terus berjuang walaupun adakalanya tindakan itu agak kelihatan mustahil.
Memenangi
hati dan minda ramai orang beranggapan usaha itu teramat sukar untuk dicapai. Namun
kita perlu menyakinkan mereka tentang idea dan visi hidup dengan jelas.
Nikmat
kejayaan sukar digambar, melaikan mereka yang melalui detik itu. Dalam
perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan. Ingatlah,
setiap apa yang kita niatkan untuk kebaikan adalah ibadah.
Dunia
bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah. Berusahlah dengan keyakinan bahawa
Allah akan memberi ganjaran kebaikan setiap apa yang diusahakan.
Kalau
kejayaan dan kemanisan usaha itu tidak dikecapi di dunia ini, pasti ada balasan
kebaikan untuk dibawa sebagai bekal di akhirat nanti.
Matlamat
hidup mesti jelas. Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan.
Orang yang tiada matlamat hidup akan jadi macam siput babi. Bergerak perlahan
kerana memikirkan adakah dia siput atau babi.
Ayuh....
rebut peluang yang ada. Bersama membina kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment