Bermain
di luar ialah cara yang baik untuk keluarga menjadi lebih rapat. Anda boleh
melakukannya dengan berkelah bersama, berkhemah, mengembara, berbasikal,
berjalan, malah dengan melawat tarikan semula jadi.
Ini
juga masa yang sesuai untuk anda berkongsi pendapat, pengalaman dan kisah zaman
kanak-kanak anda kepada anak anda. Cuma bawa perkakas yang perlu untuk aktiviti
pilihan anda semasa keluar, dan paling penting, matikan peranti digital anda!
Meluangkan
masa di luar merupakan cara terbaik untuk tubuh kita mendapat vitamin D. Masa
bermain di luar juga dikaitkan dengan kurangnya risiko miopia (rabun jauh)
untuk kanak-kanak, kerana mata akan lebih mudah letih apabila merenung peranti
digital di hadapan mereka, berbanding ketika melihat objek jauh.
Meluangkan
masa di luar amat menyeronokkan! Ia menawarkan pelbagai manfaat, namun kita
sering terlepas pandang. Pakai baju lama agar anda tidak kisah jika baju
menjadi kotor, koyak atau terkena lumpur.
Rancang
aktiviti agar seluruh keluarga boleh bergembira dan berhubung. Perkenalkan anak
anda kepada keindahan alam sekitar seperti hutan simpan, air terjun dan tasik.
Anda
harus merancang terlebih dahulu untuk memperkaya pengalaman anak anda dengan
alam sekitar, seperti:
-
Menyemak ramalan cuaca terlebih dahulu
-
Menyediakan senarai semak alat/barangan yang diperlukan
-
Menyediakan kit bantuan kecemasan kecil untuk dibawa bersama
-
Menyemak maklumat relevan untuk mengelakkan kecederaan dan mengambil langkah
sewajarnya (contohnya, memakai kasut sesuai, mematuhi arahan orang dewasa
semasa keluar dan sebagainya)
Menggalakkan
anak anda meluangkan masa di luar, dan bukannya bermain di dalam atau dengan
peranti digital harus menjadi matlamat anda.
Anda
perlu lebih berusaha untuk membawa anak anda meneroka alam sekitar dan menjadi
contoh kepada mereka! Anda juga akan mendapat faedahnya. Perubahan rutin boleh
membantu anda berehat dan mengurangkan tekanan di tempat kerja.
No comments:
Post a Comment